KIA PANGGIL SEMULA SETENGAH JUTA KENDERAAN AKIBAT KEGAGALAN FUNGSI BEG UDARA

SHARE

Kia memanggil lebih daripada setengah juta kenderaannya di Amerika Syarikat berkaitan dengan masalah elektrikal yang boleh mengakibatkan kegagalan aspek keselamatan kenderaan.

Ia adalah satu jumlah yang sangat besar untuk satu siri panggilan semula tunggal (recall). Ia adalah pengumuman terbaru hasil daripada penyiasatan yang dilakukan oleh NHTSA (National Highway Traffic Safety Administration) 

BACA: KIA CARNIVAL DIPANGGIL SEMULA AKIBAT PINTU GELONGSOR

Siasatan dari badan Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Kebangsaan tersebut mendapati terdapat kegagalan fungsi beg udara dan tali pinggang keledar bagi sesetengah model Kia dan juga syarikat induk mereka Hyundai.

Kecacatan fungsi ini telah menyebabkan empat kematian dan enam kecederaan setakat ini dalam enam kemalangan serius yang melibatkan kereta Kia dan Hyundai.

Terdahulu, Hyundai telah membuat pengumuman dengan menarik balik hampir 580,000 kenderaan dalam dua kempen berasingan pada bulan Februari dan April.

Sementara itu, Kia telah mengesan semula 507,000 kenderaan mereka kerana percaya mereka menghadapi isu yang sama. Gabungan Kia dan Hyundai ini melibatkan yang hampir kepada 1.1 juta kenderaan di Amerika Syarikat sahaja. 

BACA: PANDU UJI KIA PICANTO 2018

Kerosakan ini dikatakan disebabkan oleh gangguan elektrik yang menghantar isyarat kepada modul kawalan sekiranya berlaku kemalangan

Dalam kes ini, penarikan semula itu meliputi beberapa model seperti Forte Sedan dan Forte Koup (keluaran 2010-2013 ), Optima keluaran 2011-2013 dan Optima Hybrid 2011-12 serta MPV Sedona (Carnival).

Namun yang demikian, Kian mengakui mereka masih belum dapat mengenalpasti masalah sebenar. Kia berharap dapat melakukan penyiasatan terperinci seberapa segera dan memanggil semula kenderaan terlibat menjelang akhir bulan Julai nanti.

Share this post

scroll to top