KIA PICANTO 2018 – RM49,888 SAHAJA!

SHARE

Naza Kia Malaysia hari ini memperkenalkan model kompak segmen A terbaharunya, Kia Picanto. Tampil dalam satu varian sahaja, ia ditawarkan pada harga RM49,888 seunit. 

Sudah memasuki generasi ketiga, Picanto baharu  nyata lebih menarik, berprestasi terbaik serta ruang kabin luas.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Bahagian luarannya dilengkapi  perumah lampu depan projektor dwi-fungsi dengan lampu tinggi dan rendah, indikator dan lampu nyalaan siang (DRL) LED.

Jarak roda Picanto baharu ditingkatkan sebanyak 15mm menjadikan panjangnya 2,400mm untuk memberikan ruang dalaman yang lebih luas. Apabila kerusi barisan kedua dilipat dengan konfigurasi 60:40, saiz ruang but boleh mencecah 1,010 liter. 

Kualiti kereta kompak itu diserlahkan menerusi penggunaan material berkualiti tinggi dan susun atur yang kemas.  Dimonopoli oleh tona hitam, papan pemukanya dipasang dengan skrin sentuh bersaiz tujuh inci bersama sistem navigasi 3D.

Skrin sentuh itu juga boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto bersama ciri pengecaman suara, Bluetooth, AUX serta USB.

Bagi memberi lebih kemudahan kepada pemandu, Picanto hadir dengan ciri-ciri premium. Antaranya ialah sistem kemasukan tanpa kunci, Sistem Bantuan Parkir Belakang (RPAS), cermin sisi boleh lipat elektronik dan banyak lagi.

Picanto dijana oleh enjin 1.2 Kappa MPI yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 84PS dan tork 121.6Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda hadapan menerusi transmisi automatik empat kelajuan.

Kotak gear itu menawarkan pemanduan lebih lancar sama ada di lebuh raya atau di kawasan bandar. Dengan berat badan dikurangkan sebanyak 23kg, penjimatan bahan api berjaya ditingkatkan. 

“Kami mensasarkan jualan Kia Picanto sebanyak 5,000 unit. setahun. Model ini penting kerana ia akan menyumbang kepada 50 peratus sasaran jualan 2018 Naza Kia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Datuk Samson Anand George .

Kerangka Picanto dibina menggunakan keluli berkekuatan tinggi termaju (AHSS) sehingga 44 peratus yang kini lebih kukuh berbanding sebelumnya.

Melihat kepada aspek keselamatan, Picanto boleh dianggap sebagai antara yang terbaik. Ini kerana ia dilengkapi enam beg udara, ISOFIX,  tali pinggang keledar belakang dengan ciri pra-regangan, Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC).

Kia Picanto didatangkan dengan lima pilihan warna iaitu oren, hijau, kuning, putih dan perak.

Jika mahu tampil berbeza, Naza Kia Malaysia ada menawarkan pilihan aksesori Novus. Ia merangkumi kit badan, kerusi dibalut kulit dan perakam video digital yang dijual antara RM3,498 sehingga RM5,618.

GALERI

Share this post

scroll to top