Buletin

KIA SEDONA/CARNIVAL 2015

Kia Motors America (KMA) baru-baru ini mendedahkan foto model MPV bersaiz sederhanannya, Kia Sedona di New York. 

Kia-Sedona-Carnival-2015-Mekanika (3) 

Sebagai tambahan kepada reka bentuk berinspirasikan Eropah, Kia Sedona 2015 (Kia Carnival di sini)  sarat dengan pelbagai teknologi baru, mewah bersama ruang kabin yang luas dan selesa.

Kia-Sedona-Carnival-2015-Mekanika (6)

“Sepanjang proses pembangunannya, jurutera kami di Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan fokus untuk menambah baik dinamik pemanduan, kuasa, gayaan moden, material premium dan teknologi ke atas Kia Sedona,” kata Naib Presiden Perancangan Produk KMA, Orth Hedrick.  

Kia-Sedona-Carnival-2015-Mekanika (15)

Bahagian luaran Kia Sedona menyerlah menerusi rekaan seperti sebuah CUV dengan fascia hadapan yang tegap. Penampilan itu diserlahkan lagi dengan gril signatur Kia dan lampu hadapan LED. Rim aloi berkilat itu pula bersaiz 19 inci.

Kia-Sedona-Carnival-2015-Mekanika (8)

Keselesaan menjadi elemen utama ruang kabin Kia Sedona. Ruang kepala, kaki dan bahu pada tempat duduk baris kedua dan ketiga kini lebih luas. Tempat duduknya boleh diubah mengiku beberapa konfigurasi demi memaksimumkan keselesaan serta ruang kargo. Varian tertingginya didatangkan dengan tempat duduk dibalut kulit Nappa.

Kia-Sedona-Carnival-2015-Mekanika (13)

Kia Sedona dikuasakan oleh enjin V6 Lambda Gasoline Direct Injection (GDI) 3 bersesaran 3.5 liter baharu. Ia menggantikan enjin 3.5 liter V6 pada model sebelumnya. Enjin Lambda yang turut dipasang pada model Sorento dan Cadenza itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 276hp @ 6,000rpm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan automatik.

Kia-Sedona-Carnival-2015-Mekanika (5)

Sebagai sebuah kenderaan keluarga, aspek keselamatan amat dititikberatkan. MPV ini dilengkapi sistem Electronic Stability Control (ESC), Traction Control System (TCS), Brake Assist System (BAS), Hill-start Assist Control (HAC), Electronic Brake Force Distribution (EBD) dan Antilock Braking System (ABS) sebagai ciri standard. Teknologi tambahan seperti Roll Over Mitigation (ROM) dan Cornering Brake Control (CBC) juga disediakan.

Kia-Sedona-Carnival-2015-Mekanika (10)

Kia Sedona dijangka mula dijual di pasaran AS pada awal suku keempat tahun ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button