Buletin

KIA SPORTAGE 2.0 EX – RM129,888 SEUNIT, LEBIH BANYAK CIRI BAHARU

Naza Kia Malaysia hari ini memperkenalkan varian baru Kia Sportage ke pasaran Malaysia.

Sportage 2.0 EX yang dinaik taraf itu kini didatangkan dengan rim aloi 18 inci baharu, sensor parkir depan belakang, sensor hujan dan cermin sisi boleh lipat secara automatic.

Dari arah hadapan, wajah SUV ini nampak lebih garang dengan lampu utama yang telah direka semula, lampu nyalaan siang LED dan gril  ‘Schreyer’. Aspek kemudahan dipertingkatkan lagi dengan ciri kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin dan pendingin hawa automatik sepenuhnya.

Sistem audio lima inci sebelum ini juga digantikan dengan skrin sentuh bersaiz tujuh inci bersama ciri Android Auto dan Apple CarPlay.

Harus tahu bahawa Sportage EX dilengkapi cermin pandang belakang anti silau atau Electrochromic Mirror (ECM).

Sama seperti model-model Kia yang lain, Sportage EX dipasang dengan rangkaian sistem keselamatan. Antaranya termasuklah brek anti kunci (ABS), Electronic Stability Control (ESC), Vehicle Stability Control (VSC) dan Hill-start Assist Control (HAC) yang dirangkumkan ke dalam kerangka Advanced High Strength Steel (AHSS) Kia.

Didatangkan dalam pilihan warna hitam, biru, merah, putih mutiara dan perak, Sportage 2.0 EX ditawarkan pada harga RM129,888 seunit.

Ia juga hadir bersama jaminan selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had. Dengan pengenalan Sportage EX dan Sportage GT Diesel AWD sedia ada, dua lagi varian iaitu Sportage GT Petrol 2WD dan Sportage KX tidak lagi dijual.

Google ads
Back to top button