Buletin

KILANG GEELY DI BAOJI – DILENGKAPI TEKNOLOGI ROBOTIK TERMAJU

Baru-baru ini, saya berpeluang menjejakkan kaki di kilang pengeluaran model SUV Geely Boyue yang terletak di Zon Pembangunan Baoji Hi-Tech, di wilayah Xi’an, China.

Ini kali pertama saya melawat kilang pengeluar kenderaan di China. Tidak jauh berbeza dengan seperti kilang jenama Eropah dan Jepun, kilang ini sememangnya dilengkapi  peralatan, mesin dan robotik yang canggih.

Memiliki keluasaan 896,000 meter persegi, kilang Baoji melibatkan empat kawasan utama iaitu tempaan besi, pateri, cat dan pemasangan akhir. Sementara kemudahan lain yang tidak kurang penting pula terdiri daripada  janaan kuasa, penyimpanan bahan api, litar ujian, ruang parkir, pejabat pengurusann dan kuaters pekerja.

Kuarters pekerja dilengkapi dengan restoran, supermarket, kemudahan perubatan dan pusat rekreasi. Fasiliti tersebut mampu menempatkan sehingga 2,700 orang pekerja dengan selesa, lengkap bersama rangkaian pengangkutan ke pusat bandar. 

Kilang  yang dibina dengan pelaburan berjumlah 7.2 bilion RMB (kira-kira RM466 juta) itu mampu menghasilkan lebih 200,000 unit kenderaan setahun melalui dua shift kerja. Ia mula dibina pada Mac 2014 dengan kenderaan pertamanya berjaya dikeluarkan pada ogos 2016.

Kilang Baoji juga menghasilkan rangkaian kuasa. Ia memiliki tiga saluran mesin dan satu saluran produksi yang bertanggungjawab menghasilkan enjin 1.5T tiga silinder yang dibangunkan bersama Volvo.

Berdasarkan kepada pelan pembangunan Geely, Baoji dirancang untuk menjadi kilang tercanggih di dunia dengan standard paling tinggi. Bengkel-bengkelnya dilengkapi teknologi robotik termaju. Manakala bahagian tempaan, pateri dan cat mempunyai saluran produksi automatik sepenuhnya.

Bagi mencapai produkti yang selamat dan bercekapan tinggi, robot daripada ABB Switzerland digunakan. Robot tersebut mampu menghasilkan 14 keping tempaan besi seminit.

Selain persekitaran kilang yang sangat bersih, kemudahan ini juga menampilkan perkakasan berkualiti tinggi seperti:

  • Penggunaan tenaga yang rendah: Sejumlah mesin pateri Bosch menjimatkan 30 peratus tenaga berbanding mesin tradisional.
  • Ukuran yang tepat: Penggunaan peralatan Perceptron dan Hexagon Manufacturing Intelligence dari Amerika Syarikat memastikan ketepatan  100% ketka memeriksa badan kenderaan.

Selain itu, kilang Baoji turut dilengkapi litar ujian sepanjang 3km. Ia dikatakan sebagai litar ujian paling komprehensif di China kerana mempunyai lebih 20 jenis jalan. Ini termasuklah jalan bengkang-bengkong, selekoh tajam, lebuh raya dan sebagainya.

Google ads
Back to top button