Buletin

KILANG MBM DI PEKAN RAI ULANG TAHUN KE-10

Kilang pengeluaran milik Mercedes-Benz Malaysia Sdn. Bhd. (MBM) yang terletak di Pekan, Pahang baru-baru ini meraikan ulang tahun yang ke-10. 

SONY DSC

Sejak tahun tahun 2004, Mercedes-Benz dan Daimler telah melabur lebih RM250 juta. Komitmen terhadap kilang tersebut diteruskan lagi menerusi pelaburan berjumlah RM200 juta.

Pelaburan itu bagi memengembangkan pusat mengecat kenderaan dan saluran pemasangan model C-Class baharu di kilang tersebut. Kilang MBM di Pekan merupakan salah satu kilang pengeluaran CKD Daimler Mercedes-Benz yang beroperasi di seluruh dunia.

SONY DSC

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Roland Folger memberitahu kerja-kerja pembinaan akan bermula pada bulan depan. Beliau juga menegaskan bahawa pihaknya akan terus melabur ke dalam operasi perniagaan secara keseluruhannya.

“Malaysia merupakan pasaran penting buat Mercedes-Benz dan Daimler. Justeru, kami sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan kehadiran di pasaran ini. Contoh terbaik adalah sambutan memberangsangkan yang diterima ke atas model S400L Hybrid.

SONY DSC

“Untuk makluman, semua model S400L Hybrid sudah pun habis dijual sehinga akhir tahun 2015. Sehingga Julai tahun ini sahaja, sebanyak 264 unit S400L Hybrid telah dihasilkan,” tambah Folger.

Kilang itu bertanggungjawab mengeluarkan tiga kereta penumpang iaitu C-Class, E-Class dan S-Class. Selain kenderaan komersial Mercedes-Benz serta Mitsubihsi FUSO.

SONY DSC

Kini, kilang tersebut berupaya mengeluarkan kira-kira 40 unit kenderaan pada setiap shif.

“Sejak kilang ini beroperasi sepenuhnya pada tahun 2005, kami berjaya meningkatkan pengeluaran dengan konsisten setiap tahun. Sehingga ke hari ini, kami telah menghasilkan lebih 34,000 buah kenderaan penumpang dan lebih 18,7000 unit kenderaan komersial,” jelas Naib Presiden Produksi Kilang MBM, Angel Legarda.

SONY DSC

Pada tahun 2013 sahaja, kilang itu telah menghasilkan 4,083 unit kenderaan penumpang dan 2,892 unit kenderaan komersial. Ia merupakan peningkatan sebanyak 11 dan 14 peratus.

Bagi menawarkan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya, MBM kini mempunyai 58 pengedar serta 87 outlet yang menyediakan kemudahan jualan dan servis selepas jualan di seluruh negara.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button