BuletinMotosikal

KIT RETRO CAFE RACER UNTUK YAMAHA YZF-R25 OLEH GG RETROFITZ

GG Retrofitz dari California, Amerika Syarikat baru sahaja mendedahkan kit modifikasi terkini pengubahsuaian Yamaha YZF-R3 menjadi retro cafe race – dan kami menyukainya.

Dikenali sebagai “Rocket Street”, kit ia boleh dipasangkan pada model Yamaha YZF-R3 dan YZF-R25 keluaran tahun 2015 hingga 2018.

Kit ini terdiri daripada pembias cermin hadapan, bahagian trim sisi individu dan penutup tangki. Malangnya, lampu hadapan tidak termasuk dalam pakej – jadi anda perlu membeli secara berasingan.

Secara asas, kit ini didatangkan dengan versi putih standard, namun terdapat juga tiga set grafik yang unik. Kombinasi warna retro biru dan versi merah juga kelihatan menarik. Tetapi jika anda ada idea untuk membuat livery sendiri, GG Retrofitz menyediakan model asas dengan warna putih.

BACA: HONG LEONG YAMAHA PANGGIL BALIK R25

Berapakah harganya?

Versi standard kosong ialah USD1,198 (RM5,018), sementara untuk kit yang sudah siap dengan rekaan grafik, harganya ialah USD1,448 atau RM6,065

Setakat ini, pembelian boleh dibuat terus menerusi laman web GG Retrofitz www.ggretrofitz.com dan mereka bersedia menghantarnya kepada pembeli di seluruh dunia.

 

GALERI

Google ads
Back to top button