Buletin

KLIMS 2018: ISUZU PERKENALKAN AKSESORI MENARIK UNTUK D-MAX

Sempena pameran Kuala Lumpur International Motorshow yang sedang berlangsung, Isuzu Malaysia telah melancarkan dua pakej aksesori tulen untuk penggemar trak tersebut.

Pakej tersebut dinamakan sebagai Titanium dan Robust yang diteka untuk memberi identiti lebih menyerlah.

Pakej Titanium direka untuk meningkatkan imej premium. Ia terdiri daripada hiasan lampu krom, perumah lampu belakang, penutup pintu & hiasan, perumah lampu belakang dengan kemasan krom dan visor pintu.

Pakej kedua ialah pakej Robusy. Pakej ini direka untuk mempamerkan imej macho dan gagah. Ia dilengkapi dengan hiasan lampu hadapan matt matt, perumah lampu belakang, perlindungan penutup pintu, penutup pintu belakang, visor pintu dan pelindung hud enjin.

Aksesori pilihan tambahan juga boleh didapati secara berasingan untuk pemiik D-Max. Pelanggan kini boleh memilih untuk menambah bumper guard hitam. Bumper guard ini meliputi seluruh bahagian depan kenderaan. Melengkapi aksesori ini ialah kemasan matte hitam di bahagian fender.

Kedua-dua pakej Titanium dan Robust dijual pada harga RM1,180. Bumper guard depan tambahan dan fender tambahan masing-masing berharga RM 1,390 dan RM1,090.

Satu unit standard D-Max yang dilengkapi dengan pakej aksesori tulen bersama dengan pengawal bumper depan dan lebih banyak fender dipamerkan di KLIMS dari 23 November hingga 2 Disember 2018. Pelanggan yang berminat boleh pengedar Isuzu terdekat.

GALERI

Google ads
Back to top button