Buletin

KLIMS 2018: MITSUBISHI TRITON, BERMULA RM100K, 1,000 PELANGGAN PERTAMA AKAN TERIMA BEG THULE BERNILAI RM2K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengambil peluang untuk mempamerkan trak pikap Triton terbaharu pada cara KLIMS 2018.

Trak pikap yang dijangka dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan pada suku pertama 2019 itu kini sudah ditempah.

Triton yang diimport dari Thailand itu ditawarkan pada harga RM100,000 hingga RM140,000 seunit menerusi lima varian.

Sempena kehadiran model tersebut, 1,000 pelanggan terawal yang menempah dan mendaftarkan Triton bakal menerima beg pelbagai guna THULE bernilai RM2,000 seunit.

Anda boleh melihat Triton secara dekat di KLIMS 2018 yang berlangsung sekarang hingga 2 Disember depan di MITEC.

BACA: MITSUBISHI TRITON BAHARU – 6AT, LEBIH CANTIK DAN SELAMAT

Jika tidak berkesempatan, anda boleh melihat Triton di siri jelajah yang diadakan di beberapa buah bandar utama bermula 7 Disember 2018 hingga 20 Januari 2019.

Jadual adalah seperti berikut:

Sejak dilancarkan pada tahun 2006, lebih 70,000 unit Triton berjaya dijual di seluruh negara.

GALERI

Google ads
Back to top button