Buletin

KLIMS 2018: TOYOTA TS030 KERETA LUMBA HIBRID

Di reruai Toyota sempena KLIMS 2018 yang telah pun tamat penganjurannya minggu sudah, mereka ternyata berjaya mencuri perhatian melalui model produksi massa Toyota Vios dan juga Toyota Camry baharu. Selain daripada Toyota FT-1 yang turut diterbangkan khas sempena KLIMS ini, Toyota juga turut membawa sebuah model kereta lumba hibrid mereka, TS030 untuk tatapan.

BACA: FORD KEMBALI KE LE MANS DENGAN FORD GT

BACA: KUASA AUDI R18 E-TRON QUATTRO

Pihak yang bertanggungjawab membina sudah tentulah tidak lain dan bukan, Toyota Motorsport GmbH sendiri. Toyota TS030 Hybrid ini dibina sebagai model Le Mans Prototype 1 (LMP1) yang khusus digunakan untuk FIA World Endurance Championship (WEC). Ini adalah model prototaip yang pertama dibina oleh Toyota semenjak model GT-One yang dibina pada tahun 1999. Malah ianya merupakan model hibrid pertama yang dibina untuk berlumba dalam WEC.

Kerja – kerja pembinaan Toyota TS030 ini dimulakan sekitar lewat tahun 2010 di Ibu Pejabat Toyota Motorsport yang terletak di Cologne, Jerman meliputi pembuatan chasis dan juga pembangunan rekaan aerodinamik melalui kemudahan terowong angin.

Nadi utama kepada TS030 ini menggunakan enjin yang bersesaran 3.4 liter V8 yang mampu menghasilkan kuasa  530 hp (400 kW; 540 PS). Enjin ini tidak dibina baharu sebaliknya para Jurutera telah memilih enjin daripada model kereta lumba Super GT mereka untuk dibina semula. Enjin yang cukup laju ini kemudiannya dipadankan pula dengan kotak gear berjujuk enam kelajuan

Menarik tentang TS030, ianya turut dilengkapi dengan KERS (Kinetic Energy Recovery System) yang mampu menghasilkan kuasa kuda tambahan sehingga 300 hp  (220 kW; 300 PS). Dan kereta lumba ini dibenarkan untuk menggunakan pada bila  -bila masa berdasarkan peraturan WEC ketika itu mengikut kesesuaian pemandu. Dan pasukan ini telah memilih warna putih sambil dilatari dengan warna biru sebagai livery untuk TS030 ketika berlumba.

Debut pertama Toyota TS030 di litar adalah pada tahun 2012 ketika menyertai perlumbaan 24 Hours of Le Mans dengan menghantar dua buah kereta bagi beraksi. Sebagai sebuah kereta hibrid/petrol pertama yang beraksi dalam perlumbaan WEC, prestasi kedua – dua kereta ini agak bagus juga. Kereta No. 8 yang dipandu gandingan Sebastian Buemi, Stéphane Sarrazin & Anthony Davidson berjaya menduduki tempat ketiga pusingan kelayakan. Manakala Kereta No. 7 berjaya mencatat kedudukan kelimat terpantas dengan menampilkan Alexander Wurz, Nicolas Lapierre & Kazuki Nakajima sebagai gandingan. Namun sayang, kedua – kedua gagal menamatkan perlumbaan akibat perlanggaran dan juga masalah mekanikal.

Dan meneruskan evolusi kepada model ini, Toyota telah memperkenalkan pula model pengganti, TS050 yang mana mereka berjaya meraih kedudukan 1-2 sewaktu perlumbaan 24 Hours Le Mans 2018. Livery kereta ini pun diselaraskan dengan pasukan rali mereka, putih / merah / hitam.

Google ads

B K

Back to top button