KOLABORASI WECHAT PAY & PETRON – ANDA KINI BOLEH BAYAR GUNA E-WALLET WECHAT DI 200 STESEN MINYAK PETRON

SHARE

WeChat Pay Malaysia dan Petron Malaysia baru-baru ini mengumumkan kerjasama strategik yang akan membolehkan pengguna untuk membayar menggunakan e-wallet WeChat Pay Malaysia di hampir 200 stesen minyak Petron dan seterusnya secara berperingkat ke seluruh negara.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen WeChat Pay Malaysia dan Petron Malaysia untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dengan menyediakan kemudahan transaksi di stesen-stesen.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Kerjasama ini menandakan pembayaran e-wallet di stesen minyak di Malaysia yang pertama, dibawakan oleh WeChat Pay Malaysia.

WeChat Pay merupakan salah satu kaedah pembayaran yang paling banyak digunakan di China dan semakin popular di Malaysia. E-wallet hanya memerlukan pengguna menggunakan telefon pintar semasa membuat pembayaran, tanpa tunai atau kad.

“Kami harap lebih ramai pengguna berpeluang untuk menikmati pengalaman Fuel Happy Petron. Sambil memperoleh ganjaran yang lebih memuaskan daripada penggunaan minyak Petron dan perkhidmatan yang telah kami lancarkan,” kata Ketua Jabatan Dagangan Runcit Petron Malaysia, Choong Kum Choy.

Kerjasama di antara Petron Malaysia dan WeChat Pay Malaysia dibawakan oleh Revenue Monster Sdn. Bhd. (Revenue Monster), sebuah pembekal penyelesaian pembayaran dan pemeroleh peniaga pertama WeChat Pay di Malaysia.

Revenue Monster juga menawarkan produk dan penyelesaian yang komprehensif seperti sistem pengurusan terminal terpencil untuk operasi perniagaan berpusat dan perkhidmatan pengurusan tempahan pesanan yang disesuaikan.

Di samping portal pengurusan bersepadu yang membolehkan para peniaga untuk menguruskan Facebook Messenger dan siaran sosial WeChat untuk menerbitkan promosi serta menguruskan program kesetiaan pelanggan.

Share this post

scroll to top