KOLEKSI KERETA LUMBA “AH LONG” INI BAKAL DILELONG MAHKAMAH KERANA TERLIBAT JENAYAH

SHARE

Jenayah memang tidak pernah menguntungkan, dan ia memang akan membawa padah suatu hari nanti. Seorang lelaki di Indiana, Amerika Syarikat contohnya bakal kehilangan sebilangan besar koleksi kereta berharganya yang akan dilelong oleh mahkamah akibat terlibat dalam skandal penipuan.

BACA: PENGARUH FILEM FAST & FURIOS-ROMPAKAN VAN DUIT

BACA: POLIS GAGALKAN CUBAAN CURI MAYAT ENZO

Jika anda ingin menubuhkan sebuah pasukan lumba sendiri ataupun ingin mendapatkan koleksi kereta-kereta lumba hebat gred perlumbaan, inilah masanya untuk anda memasukkan kesemua duit simpanan anda ke dalam beg dan segera menempah tiket untuk terbang ke Indiana pada bulan Mei ini.

Kenapa? Ini kerana dalam bulan Mei akan datang syarikat lelongan terkemuka Auctions America akan mula melelong keseluruhan koleksi kereta-kereta lumba kepunyaan pasukan lumba Level Five Motorsports kerana pemiliknya kini berhadapan dengan dengan tindakan undang-undang yang serius.

Peminat perlumbaan GT mungkin pernah mendengar nama pasukan lumba Level Five Motorsports. Mereka bukan pasukan lumba calang-calang kerana pernah memenangi perlumbaan American Le Mans Series dan juara kelas dalam perlumbaan 24-jam Daytona.

Itu belum termasuk perlumbaan-perlumbaan lain di seluruh Amerika. Pasukan ini dibiayai oleh pemiliknya, Scott Tucker melalui aktiviti perniagaan pinjaman harian beliau (ataupun dengan kata lain, Ah Long). Beliau sedang dipersiapkan untuk menghadapi tuduhan di mahkamah sedikit hari lagi.

Beliau akan didakwa oleh pihak pendakwa persekutuan di bawah akta RICO (penyelewengan organisasi) yang memperuntukan hukuman tambahan yang berat jika didapati bersalah. Hukuman penjara untuk pesalah dibawah akta ini adalah cukup panjang termasuklah kadar denda yang cukup tinggi. Keseluruhan aset beliau termasuk kereta-kereta lumba akan dicairkan melalui lelongan di Auburn Spring, 11 Mei ini.

Antara koleksi yang bakal dilelong ialah beberapa buah Ferrari termasuklah dua buah 458 GTD (satu unit merupakan model yang telah memenangi perlumbaan Daytona pada tahun 2014), dua buah 430 dan sebuah 360 Challenge.

Ada antaranya yang dikatakan berharga sekitar RM900,000. Namun model paling berharga tentulah sepasang model prototaip Le Mans, Honda HPD ARX-03. Model lain termasuklah cesi keluaran Lola – B1143,B1183 dan B1280 yang masing-masing dianggarkan bernilai RM450,000.

Terdapat juga sebuah model perlumbaan Porsche 996 Turbo Custom SCCA yang dikenali dengan gelaran ‘Hurricane’ (bukan motor Honda Hurricane ni boh).

Perlu diingat, itu baharu keretanya sahaja. Menurut kenyataan yang disiarkan, Auctions America akan melelong sejumlah 350 lot barangan sebenar pada hari tersebut termasuklah alat-alat ganti, peralatan bengkel dan treler pengangkutan pasukan lumba tersebut.

Tak cukup menarik lagi? Okey ini yang paling best, kesemua barangan yang disenaraikan oleh Auctions America akan dilelong tanpa harga rizab. Ini bermakna jika saingan yang diterima tidak begitu meriah, mereka yang memenangi lelongan akan mendapat peralatan perlumbaan yang sebenar dengan harga durian runtuh.

Untung weh!

 

 

 

 

 

(Visited 110 times, 41 visits today)

Share this post

scroll to top