Buletin

KONSEP CACTUS & AIRCROSS CITROEN

Filosofi rekaan Mazda, Kodo Soul of  Emotion adalah pelaris buat jenama Jepun itu. Kejayaan tersebut boleh dilihat di pasaran tempatan dengan rekod jualan memberangsangkan model-model baharu Mazda.

Citroen-Aircross-mekanika (2)

Selain ciri keselamatan dan teknologi, rekaan juga menjadi faktor penyumbang kepada pembelian. Terbaharu, pengeluar dari Perancis, Citroen memulakan langkah melakukan penjenamaan semula rekaannya.

Pengeluar itu menumpukan  sumbernya untuk tampil lebih unik. Ini adalah salah satu langkah untuk terus kekal relevan.

Citroen-Aircross-mekanika (6)

Maka, Citroen melakukan perubahan asas rekaan tetapi pada masa sama masih mengekalkan identiti yang tersendiri, inovatif dan bergaya.

Menurut laporan  Automotive News , rekaan aneh (quirky design) akan memainkan peranan penting dalam ciptaan semula Citroen. Seperti yang kita ketahui, Citroen sentiasa tampil berbeza dalam persembahan reka bentuk modelnya.

Citroen-Aircross-mekanika (1)

Pengarah Strategi Citroen, Mathieu Bellamy berkata tahun 2016 akan menyaksikan pelancaran kereta baharu dengan imej yang begitu  berbeza dengan pesaingnya.

“Tentunya dengan penampilan yang unik dan pelik,” kata Bellamy.

Citroen-Aircross-mekanika (3)
Model  C4 dan C5 bakal mendapat manfaat daripada pembaharuan reka bentuk itu. Citroen mengaplikasikan inspirasi ke atas model konsep Cactus dan Aircross.

“Kami memberitahu pasukan reka bentuk bahawa mereka perlu mencipta  semula model klasik C4 dan C5.

Citroen-Aircross-mekanika (4)

“Oleh itu, seharusnya jentera berkenaan akan tampil dengan sesuatu yang berbeza dan konsep Aircross akan mewakili masa depan jenama Citroen,” katanya lagi.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button