Buletin

KONSEP TOYOTA HILUX TONKA – HASIL KERJASAMA TOYOTA DAN PEMBUAT PERMAINAN TONKA

Toyota Australia mungkin sedikit berbeza dengan Toyota lain di luar Jepun. Mereka kerap “mempromosikan” industri hiliran atau aftermarket untuk Toyota. Sama juga, mereka juga bekerjasama menghasilkan video-video yang tak melibatkan kereta Vios-Camry pun. Dia buat video Celica lama, Supra lama yang sudah tentu tidak bermotifkan nilai komersial semasa.

BACA: SELEPAS 50 TAHUN, TOYOTA TUTUP KILANG DI AUSTRALIA

BACA: HONDA S2000 “NOS” DIJUAL DI AUSTRALIA

Satu lagi usaha terbaru yang dibuat ialah memperkenalkan hasil kerjasama mereka dengan Tonka -pembuat mainan “jentera berat” yang dikenali dengan nama Hilux Tonka Concept.

 

Model ini diasaskan dari badan cab berkembar (double cab) Toyota Hilux dengan livery warna kuning/hitam, selari dengan warna trademark Tonka (ataupun mungkin nampak macam Caterpillar). Selain warna, beberapa penambahbaikan dan tingkattaraf turut dibuat.

Hud hadapannya digantikan dengan bahan gentian karbon, begitu juga dengan tailgate belakang. Ia juga dipasangakn dengan skup udara, spoiler belalang, lampu bar LED di bumbung dan tayar bersaiz 35 inci.

Badan trak ini dinaikkan 6 inci dengan menggunakan komponen suspensi tugas berat. Bahagian bawah dipasangkan dengan bash plate yang diperbuat dari aloi 6mm untuk menghalang sebarang objek keras menghentam bawah kenderaan. Bahagian sisi juga menerima set paip rekaan khas yang melindungi bahagian tepi.

Enjin tidak disentuh, tetapi bagi keluaran kilang pun, enjin 2.8 liter ini sudah cukup dengan penghasilkan 174 kuasa kuda dengan 420Nm tork.

Jamu mata sajalah, nak harap masuk ke sini memang mimpi indah-indah saja…

GALERI

 

 

Google ads
Back to top button