BuletinMotosikal

KONVOI HONDA RS150R KELILING MALAYSIA-1,780KM DALAM MASA TIGA HARI

Konvoi Marathon Semenanjung 2017 yang berlangsung pada 14 hingga 17 Julai lalu memberi pengalaman dan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan oleh para peserta RS150R. Sebanyak 40 buah motosikal Honda RS150R telah menyertai konvoi ini.

Aktiviti ini telah dijayakan oleh tiga pengedar sah Boon Siew Honda BSH (Impian Honda Shop) – Sing Yik Motors (Perak), Ah Thong Motors (Kelantan) dan AKJB Sales & Services (Johor). Mereka telah berjaya mengharungi perjalanan sejauh lebih 1,780 kilometer mengelilingi Semenanjung Malaysia.

Konvoi ini mengambil masa selama 4 hari 3 malam bermula di Perak dan merentasi beberapa negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor sebelum kembali semula ke Perak.

BACA: TUNGGANG UJI HONDA RS15OR

Keletihan memang dirasai, namun apabila menunggang motorsikal RS150R beramai-ramai, ia tidak dirasai kerana perasaan seronok mengaburinya. Setiap sejam perjalanan, mereka akan berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) untuk mengisi minyak dan memastikan motorsikal berada dalam keadaan baik sebelum meneruskan perjalanan.

Bagi melancarkan perjalanan, mereka turut disokong oleh pasukan sokongan mekanik dari Boon Siew Honda, Sing Yik Motors dan Ah Thong Motors.

 

 

Google ads
Back to top button