Buletin

KOS UNTUK TUKAR TANGKI MINYAK BUGATTI VEYRON? RM180K, HARGA BARANG + UPAH PASANG

Sebelum ini, kami pernah melaporkan tentang wang yang perlu dibayar jika seorang pemilik Bugatti Veyron ingin menukar minyak hitam jentera tersebut.

BACA: TAHUKAH ANDA KOS MENUKAR MINYAK PELINCIR BUGATTI VEYRON IALAH RM85K?

Sejak diperkenalkan hampir sedekad lalu, kos penggantian alat ganti Veyron memang membuatkan ramai orang tertanya-tanya. Tetapi, memandangkan jumlahnya yang kecil, memang sukar untuk mendapatkan maklumat itu.

Namun begitu, kita bernasib baik kerana baru-baru ini muncul dokumen persijilan EPA tahun 2014 yang mendedahkan kos beberapa alat ganti Veyron.

Alat ganti paling mahal pada hypercar itu ialah tangki minyak iaitu AS$20,349 (RM85,000). Mungkin jarang sekali orang akan menggantikan tangki minyak, namun jika pemiliknya kurang bernasib baik, itulah harga yang perlu dibayar.

Itu harga tangki sahaja. Kalau mahu ia dipasang oleh pakar Bugatti, sila tambah AS$22,731 (RM95,000) lagi. Sekali gus menjadikan jumlahnya mencecah RM180,000!

Harga yang membolehkan anda membeli sebuah Honda CR-V dan dua buah motosikal Honda R150. Selain harga tangki, kos menggantikan alat ganti lain seperti pengecas turbo dan sistem penyejuk udara pun boleh tahan Yahudi nya.

Sebagai contoh, empat unit pengecas turbo ialah AS$6,400 (RM26,700) dengan kos pemasangan sebanyak AS$9,091 (RM38,000). Manakala menukar sistem penyejukan udara menelan belanja AS$$8,996 (RM37,500) dan AS$2,045 (RM8,500) untuk kos buruh.

Sebenarnya, ada juga alat ganti yang dikongsi oleh model-model lain yang murah, tetapi kos pemasangan pula macam tak masuk akal. Sebagai contoh, alat pengesan tekanan boost yang digunakan pada Golf GTI dan Audi A3 hanya berharga AS$18.75 (RM78).

Tetapi, kos pemasangan memerlukan pemilik membayar AS$1,818 (RM7,600). Belum cukup mahal? Tukar alat pengesan posisi camshaft. Harga komponen itu cuma AS$9 (RM37), tetapi kos memasangnya ialah AS$5,909 (RM24,600).

Gila lah…

Google ads
Back to top button