BuletinMotosikal

KTM X-BOW GT BLACK EDITION

KTM memperkenalkan versi X-BOW GT Black Edition. Bukan sahaja menerima perubahan warna badan hitam, X-Bow turut memiliki lebih kuasa, pengurangan berat dan kemasan gentian karbon pada badannya.

KTM-X-Bow-Black-Edition-MEKANIKA (3)

Black Edition berkenaan dikuasakan enjin 2.0 liter pengecas turbo empat silinder. Penghasilan kuasa 316bhp dihantar ke roda belakang menerusi penukaran gear manual yang pantas.

Dikeluarkan hanya 10 unit sahaja, model berkenaan menerima rim bersaiz 18 inci dan 19 inci buatan BBS. Kerusi yang dihasil dan dijahit menggunakan tangan itu turut diserlahkan dengan logo Black Edition pada bahagian penyandar. Tidak ketinggalan, nombor plak yang mewakili angka pengeluarannya.

KTM-X-Bow-Black-Edition-MEKANIKA (1)

Dihasilkan menggunakan tangan di Austria, X-BOW GT dijual sekitar  £92,000 (RM513,000) seunit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button