KUASA AUDI R18 E-TRON QUATTRO

SHARE

Nama kekal sama, tetapi teknologinya sama sekali baharu. Bagi sesi 2014, Audi meletakkan sasaran untuk mencapai hat-trick dalam kejohanan FIA World Endurance dan Le Mans 24 Hours. 

audi_motorsport-131212-8558

Semua itu ingin dicapai menerusi prototaip yang dibangunkan semula sepenuhnya. Ia kemudian digabungkan bersama inovasi teknikal yang relevan dengan model-model produksi Audi.

Terimalah Audi R18 e-tron quattro generasi tahun 2014 yang disifatkan sebagai kereta paling kompleks pernah dibangunkan oleh Audi. Sekali pandang, ia seperti model yang memenangi kejohanan dunia Le Mans dua tahun lalu.

audi_motorsport-131212-8555

Namun, memandangkan garis panduan baharu LMP1 berkuat kuasa pada 2014, maka pihak Audi Sport perlu membangunkan semula setiap komponen jentera tersebut.

“Idea di sebalik pembangunan model ini adalah untuk mencapai catatan masa yang sama, tetapi menggunakan kuasa lebih rendah,” kata Ketua Audi Sport, Dr. Wolfgang Ullrich.

WEC 6h Bahrain 2013
Audi R18 e-tron quattro dikuasakan oleh unit enjin V6 TDI yang turut diintegrasikan dengan dua sistem hibrid. Sistem hibrid pada gandar hadapan e-tron quattro (ERS-K – Energy Recovery System Kinetic) berperanan menyimpan tenaga kinetik.

Sementara sistem hibrid yang terdiri daripada sebuah pengecas turbo elektrik di dalam enjin pembakaran dalaman (ERS-H – Energy Recovery System Heat) pula bertanggungjawab menyimpan tenaga yang ditukar daripada haba.

24h Le Mans 2013
Audi R18 e-tron quattro akan tampil di atas litar bersama rakan-rakan kerjasama untuk musim 2014. Buat pertama kalinya, syarikat dari Brazil iaitu Aethra Sistemas Automotivos dan pembuat jam Switzerland, Oris menjadi sebahagian daripada projek tersebut.

WEC 6h Bahrain 2013

Mereka melengkapkan lagi portfolio antarabangsa Audi Spoort yang sudah pun disokong oleh jenama-jenama besar seperti Akrapovič, Alpinestars, Bosch, Castrol, ITK Engineering, Mahle, Michelin dan OZ. 

Share this post

scroll to top