Artikel PilihanBuletin

KUASA NISSAN GT-R 2017

Nissan GT-R 2017 baharu yang menampilkan perubahan paling signifikan sejak ia dilancarkan pada tahun 2007 telah pun melakukan debut pada acara New York International Auto Show 2016.Nissan-GT-R-New-York-menika (1)

 

Penambahbaikan GT-R fokus kepada lima perkara. Ia merangkumi rekaan luaran, kehalusan buatan ruang kabin, prestasi pemanduan, keselesaan dan teknologi termaju.

Bahagian hadapan diserlahkan dengan gril V-motion baharu yang turut menawarkan aspek penyejukan enjin lebih baik. Warna baharu iaitu oren Blaze Metallic ditambah ke dalam warna GT-R sedia ada.

Nissan-GT-R-New-York-menika (4) 

Kemewahan ruang kabin GT-R dijelaskan menerusi penggunaan kulit Nappa pada tempat duduk. Jumlah suis dikurangkan daripada 27 kepada 11 sahaja. Sekali gus membuatkan rekaan dalaman model berprestasi tinggi ini lebih kemas dan mudah dioperasi.

 

Nissan-GT-R-New-York-menika (2)

GT-R menawarkan kuasa 565hp, meningkat sebanyak 20hp berbanding model tahun 2016. Sistem ekzosnya juga ditukar kepada ekzos Titanium yang dipadankan bersama technologi Active Noise Cancellation dan Active Sound Enhancement untuk menapis bunyi bising.

 

Nissan-GT-R-New-York-menika (3)

GT-R Premium akan menjadi gred pertama daripada empat varian GT-R 2017 dan dijangka mula dijual di Amerika Syarikat mulai musim panas tahun ini.

Google ads
Back to top button