Buletin

KUMPUL EDISI TERHAD LEGO® SHELL V-POWER

Shell semalam melancarkan loleksi LEGO® Shell V-Power terbaru yang terdiri daripada pelbagai pilihan kereta mainan Ferrari.

Koleksi-LEGO-Shell V-Power-mekanika  (6)

Diperbuat daripada kepingan LEG, koleksi itu boleh didapati di stesen-stesen Shell di seluruh negara.

Koleksi LEGO Shell V-Power dihasilkan melalui kolaborasi di antara Ferrari dan LEGO. Ia menampilkan enam jenis model baru yang menjanjikan keseronokan kepada pelanggan dengan hanya mengisi bahan api atau berbelanja di Shell.

Koleksi-LEGO-Shell V-Power-mekanika  (7)

Empat buah kereta ikonik Ferrari, set garisan penamat, podium dengan patung mainan jurutera Ferrari Scuderia LEG serta set Stesen Shell seperti di Litar Fiorano (litar lumba persendirian milik Ferrari Scuderia di Maranello) dengan patung mainan Saintis Shell LEGO ada ditawarkan.

“Melalui Koleksi LEGO Shell V-Power, kami dapat menarik minat orang ramai untuk sama-sama menjadikan Shell sebagai stesen kegemaran mereka. Aktiviti membina kereta mainan ini akan menjadi lebih bermakna jika dikongsi bersama,” kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd. Azman Ismail.

Koleksi-LEGO-Shell V-Power-mekanika  (4)

Dengan pembelian minimum Shell V-Power dan Shell FuelSave sebanyak RM40 atau minyak pelincir Shell Helix 4 liter, pelanggan boleh membeli satu daripada enam model LEGO yang berharga di antara RM9.90 dan RM13.90.

Mereka juga berpeluang membeli Lori Tangki Shell edisi terhad pada harga RM9.90 dengan setiap pembelian Shell V-Power sebanyak RM40 atau pembelian Shell Helix HX5 & HX7 (4 liter). Set itu akan diberi secara percuma dengan setiap pembelian Shell Helix Ultra (4 liter).

Koleksi-LEGO-Shell V-Power-mekanika  (8)

Koleksi edisi terhad ini meraikan perkongsian teknikal selama 60 tahun di antara Shell dengan Scuderia Ferrari. Shell telah bekerjasama dengan Ferrari dan LEGO selama lebih enam bulan untuk menghasilkan kereta serta set mainan baharu.

Model kereta dalam koleksi baru ini sekali lagi menampilkan motor tarik ke belakang paling kecil yang pernah dihasilkan oleh LEGO. Model ini direka khusus untuk Shell bagi menggerakkan kereta sejauh lebih 2 meter dengan satu tarikan.

Koleksi-LEGO-Shell V-Power-mekanika  (9)

Model-model baru akan diperkenalkan setiap Ahad mulai 1 November hingga13 Disember 2015. Ia boleh dibeli sehingga 31 Januari 2016 atau sementara stok masih ada.

Para pelanggan juga digalakkan untuk berkongsi gambar-gambar koleksi LEGO Shell V-Power dan detik-detik indah bersama yang tersayang dengan menggunakan hashtag #ReadySetBuild.

Koleksi-LEGO-Shell V-Power-mekanika  (3)

Shell menjemput orang ramai untuk mengunjungi pusat aktiviti LEGO Shell V-Power di Sunway Pyramid (5-8 Nov) dan Plaza Gurney, Pulau Pinang (12-15 Nov). Mereka berpeluang untuk melihat kereta Ferrari model LEGO secara lebih dekat, menikmati permainan interaktif dan pelbagai aktiviti menarik.

Trak jelajah pula akan membawakan pengalaman LEGO Shell V-Power kepada orang ramai melalui replika LEGO kereta Ferrari Scuderia Formula One bersaiz sebenar ke Lembah Klang, Ipoh, Melaka dan lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara.

Koleksi-LEGO-Shell V-Power-mekanika  (12)

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.shell.com.my/lego.

 

Google ads
Back to top button