KUMPUL SEMUA 6+1 KERETA JUSTICE LEAGUE EDISI TERHAD DENGAN KAD CALTEX JOURNEY

SHARE

Berita baik untuk peminat filem DC Comics yang juga ahli kad Caltex JOURNEYTM. Ini kerana mereka berpeluang memanfaatkan promosi Justice League Cars.

Promosi yang berlangsung sekarang hingga 31 Januari 2018 itu menawarkan enam figura hero bersama kereta masing-masing yang sangat comel. 

Pemilik kad Caltex JOURNEY Card atau B Infinite hanya perlu berbelanja sebanyak RM25 ke atas minyak petrol atau diesel di mana-mana stesen Caltex yang mengambil bahagian.

Kemudian, anda boleh:

  • Beli sebuah kereta Justice League pada harga RM15 seunit;
  • Tebus sebahagian kereta Justice League dengan 100 BPoints daripada kad JOURNEY atau B Infinite dan bayar baki RM11;
  • Tebus kereta Justice League sepenuhnya dengan 1200 BPoints daripada kad JOURNEY atau B Infinite.

Pelanggan juga harus mendapatkan kereta ketujuh Justice League, selain kit Justice League yang eksklusif untuk melengkapkan set ini.

Jika anda belum lagi menjadi ahli kad Caltex JOURNEY, mohon sahaja di mana-mana stesen minyak Caltex.

Program kesetiaan kad Caltex JOURNEY yang bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan dilancarkan oleh Chevron Malaysia Limited pada Januari 2014.

(Visited 212 times, 47 visits today)

Share this post

scroll to top