Buletin

KUNCI RODA DICURI, LEBIH 30 UNIT KENDERAAN HONDA ROSAK 

Dianggarkan lebih 30 buah kereta di sebuah pusat pengedaran Honda rosak kerana pencuri mahu mendapatkan jack kereta bagi tujuan mencuri roda dan tayar kenderaan.  

Pencuri yang masih belum dapat dikenal pasti itu dikatakan memecahkan cermin tingkap pemandu untuk mendapatkan kunci roda pada malam Isnin lalu. Mereka kemudian meletakkan jack di bawah kenderaan sebelum melesapkan tayar tiga unit Accord Sport dan sebuah Honda Pilot.

Accord Sport yang didatangkan bersama rim standard bersaiz 19 inci didakwa mendapat sambutan hangat dan boleh dijual dengan mudah. Pada malam yang sama, pencuri turut memecahkan tiga lagi kenderaan lain sebelum mencuri radio, rim dan tayarnya.

Pegawai Polis daripada Pejabat Sheriff Union County, Tony Underwood memberitahu pencuri itu mencuri jack kenderaan untuk tujuan jenayah seterusnya. “Nampaknya, sebab utama kes ini berlaku ada untuk memudahkan kerja-kerja mencuri pada masa akan datang. Ini kerana mereka mahu mendapatkan lug nuts untuk membolehkan tayar dicuri.”

Pengedar Honda tersebut tidak memasang kamera CCTV. Sementara video daripada kedai kereta terpakai berhampiran tidak dapat membantu siasatan.

Pada tahun 2015, Honda Accord dan Civic menjadi model sasaran pencuri di AS dengan jumlahnya mencecah 52,244 unit (Accord) dan 49,430 (Civic). Kebanyakan yang dicuri adalah daripada model tahun 1998 dan sebelumnya.

Permintaan yang tinggi terhadap alat ganti, harga berpatutan dan mudah dijual membuatkan kenderaan Honda menjadi sasaran pencuri.

kredit foto: Facebook/pejabat sheriff Union County

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button