Buletin

LAKARAN RASMI HONDA MPV

Sebagai mana yang diketahui, Indonesia adalah pasaran terbesar untuk kenderaan segmen MPV di Asia Tenggara. Apa sahaja MPV yang diperkenalkan di sana pasti sukses, jika ditawarkan pada harga sewajarnya. 

D_CarFront_Exterior

Faham sangat tentang senario itu, pengedar kenderaan jenama Honda di Indonesia, P.T. Honda Prospect Motor (HPM) mendedahkan lakaran rasmi model Honda MPV baharu baru-baru ini. MPV itu dikatakan bakal membuat debut dunia pada Indonesia International Motor Show ke-21 pada 19 hingga 29 September 2013 di Jakarta, Indonesia.

Honda MPV itu dibangunkan untuk pasaran Asia oleh pihak Honda R&D Asia Pacific Co., Ltd. di Thailand dan P.T. Honda R&D Indonesia. Ia akan menjadi produk Honda pertama yang diperkenalkan dalam segmen MPV entry level di Indonesia.

E_Main_Interior

Ia menawarkan kapasiti tujuh penumpang dengan konfigurasi tiga baris tempat duduk. Model yang dibangunkan daripada model Honda Brio itu menampilkan rekaan inovatif, kabin luas dan ciri keselamatan termaju. Jentera ini akan dikuasakan oleh enjin bersesaran 1.5 liter yang menawarkan penjimatan bahan api.

12

“Honda MPV baharu telah dibangunkan khas untuk memnuhi kehendak pelanggan dan kondisi jalan raya di Indonesia. Model ini juga dihasilkan di Indonesia sebagai produk pertama kilang baru Honda di Karawang.  Ia dijadual memulakan operasi pada awal tahun depan,” kata Presiden Pengarah P.T. Honda Prospect Motor, Tomoki Uchida.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button