Buletin

LAKUKAN PEMERIKSAAN MUDAH KE ATAS KERETA ANDA

Sebelum memulakan perjalanan balik kampung atau sekadar ke pasar raya berdekatan, anda sebenarnya boleh mengelak daripada membayar bil pembaikan mahal dan kerosakan kereta yang menyusahkan.

Hitachi-battery-mekanika (5)

Petua penyelenggaraan kereta:

Selain penyelenggaraan secara berkala, ada beberapa pemeriksaan mudah yang boleh anda boleh lakukan untuk memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik.

Hitachi-battery-mekanika (6)

1. Sentiasa periksa takat bendalir, minyak, tekanan udara tayar dan keadaan bateri.

2. Pastikan penggilap cermin kereta berfungsi dan periksa bilah penggilap tersebut. Ganti jika ia sudah lusuh, koyak atau getahnya telah keras. Isikan takungan air pencuci ke tahap maksimum. Ia boleh memberikan penglihatan yang jelas ketika memandu ketika hujan.

3. Bendalir di dalam takungan brek dan klac harus diisi hingga tahap yang disarankan. Bersihkan penutup sebelum anda membukanya. Gunakan jenis bendalir yang betul.

4. Sistem penyejukan juga perlu diperiksa dan ditambah bagi mengelakkan enjin mengalami masalah overheating. Periksa kawasan sekitar radiator dan hos untuk mengesan sebarang kebocoran dan baiki secepat mungkin.

5. Tahap minyak enjin boleh diperiksa dengan mengeluarkan batang celup, lap dengan kain, meletakkannya kembali dan keluarkannya semula untuk melihat tahap minyak yang sepatutnya berada di tahap maksimum. Tambah dengan minyak yang sesuai jika takat minyak hampir di tahap minimum.

Hitachi-battery-mekanika (2)

6. Bateri moden kini tidak memerlukan anda menambah air bateri dan hanya memerlukan pemeriksaan minimum. Bateri Hitachi MFX misalnya, bukan sahaja mempunyai jaminan dua tahun, malah mempunyai petunjuk keadaan bateri pada penutupnya. Ini membolehkan anda mengetahui keadaan bateri dengan sangat mudah. Pastikan penyambung bateri telah dipasang dengan ketat. Bersihkan sebarang kakisan ada di sekitar terminal dengan campuran air dan serbuk penaik. Kemudian, keringkan permukaannya.

7. Periksa jika terdapat sebarang keretakan atau kebocoran pada sarung bateri. Jika ada, minta pengedar bateri atau mekanik untuk memeriksa keadaannya.

SONY DSC

8. Angin tayar perlu diisi mengikut tekanan yang betul. Periksa bahagian dinding tayar  dengan teliti untuk mengesan retakan, koyak, bengkak atau terdapat hirisan. Pastikan tebal bunga tayar sekurang-kurangnya 2 hingga 3mm untuk pemanduan yang selamat.

9. Jangan lupa untuk memeriksa tayar ganti di dalam but kereta. Pastikan anda  mempunyai peralatan yang cukup jika berlaku kecemasan.

10. Imbang serta laraskan tayar dan rim kereta anda dengan kerap untuk perjalanan yang lancar.

11. Periksa sistem brek. Pastikan brek berfungsi dengan baik supaya kenderaan dapat dihentikan dalam jarak yang selamat.

12. Akhir sekali, jalan di sekeliling kereta anda. Pastikan semua lampu isyarat membelok, lampu hadapan dan belakang berada dalam keadaan yang baik. Semua tingkap juga perlu bebas daripada sebarang halangan.

Hitachi-battery-mekanika (7)

Pandulah dengan selamat, patuhi peraturan jalan raya. Semoga anda semua akan menempuh perjalanan yang menyenangkan.

Artikel ini dibawakan khas oleh bateri automobil Hitachi MFX. Bateri Hitachi MFX boleh didapati di lebih daripada 5,000 pengedar di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button