LAMA TAK DENGAR CERITA – CIVIC TYPE R CATAT REKOD DI 5 TREK EROPAH

SHARE

Apa khabar Honda Civic Type R? Lama tak dengar cerita. Khabar terakhir yang kami nampak ialah gambar dua buah Type R dengan balutan pelekat penyemaran sedang diuji. Melalui gambar tersebut kelihatan rekaan bamper depan baharu dan spoiler belakang lebih rendah.

Berkemungkinan ianya adalah varian baharu atau versi facelift memandangkan Honda Amerika Syarikat telah memperkenalkan Civic MMC (Minor model change).

Untuk Civic Type R versi sebenar pula Honda baru sahaja menyelesaikan siri jelajah untuk mencipta rekod di lima trek lumba sekitar Eropah.

Trek terakhir yang dipilih ialah di Hungaroring GP, Hungary di mana Civic Type R berjaya mencatatkan rekod baharu 2 minit 10.19 saat menjadikannya kereta pacuan depan produksi terpantas.

Selain kereta dan rekod yang hebat, Civic Type R dipandu juga oleh pelumba hebat iaitu juara Formula 1 dan pemandu NSX Super GT, Jenson Button.

Trek ini istimewa untuk Jenson Button di mana beliau memenangi perlumbaan GP pertama dalam karier pada tahun 2006 dengan Honda.

Trek berjarak 4.38km tersebut adalah mencabar dengan selekoh 180 darjah dan laluan chicane yang kompleks menjadikannya salah satu trek bersifat teknikal di Eropah.

Cabaran itu menjadi halangan terbaik bagi membuktikan keberkesanan Adaptive Damper System Civic Type R dan memberikan pemanduan yang lebih tegar dan tegap serta lincah bagi mengendalikan prestasi di litar sukar ini.

Selain sistem suspensi, ciri tetapan stereng unik dan aerodinamik yang ditambah baik membolehkan Button mencatat rekod masa terpantas tersebut.

Menurut Jenson Button, pada peringkat awal keluar dari pit beliau perasan betapa neutral kereta ini. Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang perlumbaan tetapi bukan kereta pacuan depan dan itu memberikan perbezaan ketara untuk beliau.

Civic Type R bagaimanapun mempunyai keseimbangan yang baik dan menjadikannya sebuah kereta yang menyeronokkan dan natural.

Selain itu beliau juga teruja dengan keupayaan Civic Type R untuk brek lambat dan juga transmisi manual yang membolehkan pemandu berasa terhubung dengan kereta.

Honda sebenarnya telah melakukan ujian yang sama di litar Hungary pada tahun 2016 menggunakan Civic Type R generasi terdahulu.

Selain Jenson Button, rekod lain yang dibuat di litar sekitar Eropah juga dipandu oleh individu ternama seperti berikut:

  • Pemandu WTCR, Tiago Monteiro – 2 minit 01.84 saat di litar Estoril, Portugal
  • Legenda BTCCm Matt Neal – 2 minit 31.32 saat di litar Silverstone, UK
  • Pemandu Super GT Jepun, Betrand Baguette – 2 minit 53.72 saat di litar SpaFrancorchamps, Belgium
  • Pemandu WTCR, Esteban Guerrieri – 2 minit 1.51 saat di MagnyCours GP, Perancis

Catatan rekod yang dibuat ini sebenarnya satu cabaran untuk pengeluar lain bagi menyambutnya. Cuma… Honda Civic Type R sudah memateri kemas prestasinya di litar ternama dunia.

BACA: HONDA CIVIC TYPE R PIKAP – INI BUKAN CUBAAN, INI BETUL-BETUL!

BACA: HYUNDAI i30N – BUKTI KOREA SUDAH BERSEDIA MENENTANG CIVIC TYPE R, MEGANE RS DAN GOLF GTi

Share this post

scroll to top