LAMBORGHINI AVENTADOR, BOLA SEPAK DAN API: BERPADA-PADALAH WALAUPUN PASUKAN ANDA MENANG (+VIDEO)

SHARE

Ramai antara kita yang kaki bola dan memang akan bersorak, berlari, menangis bila pasukan bola korang menang. Itu okey lagi tapi bila anda mula melakukan sesuatu yang tidak masuk akal dan ingin berlagak,  biasanya masalah lain yang akan timbul. Tambahan pula bila melibatkan kereta, dalam cerita ini sebuah Lamborghini Aventador.

Mengikut keterangan video, insiden ini berlaku di Da Nang, Vietnam sewaktu penduduk di san tengah ghairah menyambut kemenangan pasukan mereka ke atas Filipina dalam saingan bola sepak piala AFF 2018.

BACA: MODIFIKASI HONDA NSX – LAGENDA UNICORN DARI JEPUN

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Mobile

Saksi menyatakan yang pemiliknya telah memandu supercar tersebut ke dalam kesibukan trafik untuk sama-sama meraikan kemenangan pasukan bola sepak kebangsaan Vietnam bersama orang ramai. Tapi bila nak terlalu nak menunjuk-nunjuk memang lainb la jadinya.

Punyalah seronok pemandunya menekan-nekan pendikit untuk mengeluarkan api dari ekzos, akhirnya bahagian sisi belakang telah disambar api. Terkejut punya pasal menggelabah si pemandu keluar untuk memadamkan api sambil dibantu oleh orang ramai yang berada berdekatan. Nasib baik ramai yang membantu, kalau tak memang rentunglah jawablah supercar kebanggaan Itali tu. Yang kelakarnya, mentang-mentanglah minat bola nak padamkan api pun main sepak-sepak je. Nasib baik semua selamat.

Ini bukan kali pertama berlaku kerana beberapa tahun lepas sebuah lagi Aventador berwarna kuning  telah terbakar di jalan raya Dubai kerana pemandunya memainkan pendikit minyak dengan cara yang sama.

Sedikit nasihat dari kami, jika anda mempunyai sebuah supercar seperti ini tak payahlah nak menekan-nekan minyak sewaktu kerana tidak bergerak. Ini kerana bahang yang terhasil tidak mustahil akan menyebabkan komponen-komponen yang diperbuat dari plastik terbakar.

 

Share this post

scroll to top