Buletin

LAMBORGHINI HURACAN AVIO KENA CALAR, SAKITNYA TUH DI SINI!

Pemilik sebuah Lamborghini Huracan Avio yang dianggap rare berdepan nasib malang apabila kereta itu mengjadi mangsa vandalisme.

Tidak dapat dipastikan motif insiden tersebut, sama ada pelaku cemburu atau memang ada isu dengan pemiliknya.

Jika dilihat kepada foto ini, bahagian hud serta sisi Lamborghini Huracan Avio yang hanya 250 unit dihasilkan di seluruh dunia itu dicalar menggunakan kunci dengan agak dalam dan jelas.

Menurut pemilik yang hanya mahu dikenali sebagai Pog, keretanya itu dicalarkan di tiga bahagian. Beliau juga tidak pernah menyangka perkara tersebut boleh berlaku di kawasan bandar Bruges, Belgium yang tenang dan senyap. 

“Saya sangat terkejut. Kereta saya tidak pernah dicalarkan sebelum ini kerana saya memandunya ke mana-mana sahaja. Dalam kebanyakan masa, orang menghormati kereta ini,” kata Pog.

Laporan polis sudah dibuat dan siasatan sedang dijalankan untuk mencari dalangnya.

Bertabah sahaja lah..

Google ads
Back to top button