LAMBORGHINI HURACAN PERFORMANTE HANGUS TERBAKAR DI STESEN MINYAK – KECUAIAN YANG BERNILAI LEBIH RM1.6 JUTA

SHARE

Sebuah Lamborghini Huracan Performante berwarna biru dilaporkan hangus terbakar di sebuah stesen minyak di St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat.

Pemiliknya dikatakan baru pulang dari acara Goldrush Rally sebelum berhenti di stesen tersebut untuk mengisi minyak. Terdapat banyak teori bagaimana insiden ini berlaku.

Ada saksi yang menyatakan bahawa kebakaran berpunca daripada sebuah kereta lain yang mengisi minyak di sebelah Huracan terbabit. Pemandunya dikatakan memandu dengan corong minyak masih berada pada kereta.

Kelalaian itu menyebabkan bahan api tersembur mengenai ekzos Huracan yang panas dan mencetuskan api. Saksi lain pula memberitahu ada individu yang merokok di sana.  

Satu lagi versi cerita menyebut ketika pemilik Huracan itu berada di kaunter, dia perasan asap tebal mulai keluar daripada keretanya. Tidak tahu apa yang sedang berlaku, dia dan rakannya berlari keluar sebelum mula menghubungi pihak bomba.

Ketika bomba tiba, supercar tersebut sudah hangus terbakar. Seorang saksi yang merakam kejadian itu didakwa terlihat sebuah minivan Crysler memandu keluar dengan hos pam minyak masih melekat pada keretanya.

Minyak yang terkena pada bahagian enjin Huracan pantas mencetuskan percikan api. Polis dikatakan sudah mengenal pasti pemandu minivan Crysler itu

Biarpun supercar dan stesen minyak itu teruk terbakar, mujur tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Namun, kerugian yang dicatatkan didakwa melebih RM1.6 juta.

Share this post

scroll to top