Buletin

LAMBORGHINI MAHU HADKAN PENGELUARAN KERETA KEPADA 8,000 UNIT SAHAJA PADA TAHUN 2020

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stefano Domenicali menyatakan pihaknya akan menghadkan pengeluaran kepada hanya 8,000 unit kenderaan pada tahun 2020.

Separuh pengeluaran itu diperuntukkan untuk model Urus. Manakala bakinya dibahagikan di antara model Huracan (dua pertiga) dan Aventador (satu pertiga). Namun, angka tersebut tidak termasuk penambahan jualan di pasaran-pasaran baru.

Langkah itu diambil bagi merancakkan jualan model baharu, menjaga eksklusitiviti dan nilai jualan semula jenteranya.

Ramai yang tidak sedar bahawa Lamborghini mencatat angka jualan agak memberangsangkan sejak kebelakangan ini. Sebagai contoh pada tahun 2010, Lamborghini berjaya menjual 1,302 unit berbanding Ferari dengan 6,461 unit.

Tahun lalu, pengeluar kenderaan yang berpangkalan di Sant’Agata Bolognese itu mencatat rekod jualan apabila melonjak sehingga 51 peratus dengan lebih 5,750 unit diserahkan kepada pelanggan.

Pasaran Asia Pasifik menjadi penyumbang utama pada jualan tahun 2018. Jepun mewakili hampir 43 peratus, diikuti oleh China (19 peratus) dan 12 peratus oleh Australia.

Domenicali mengakui menjadikan Ferrari sebagai rujukan. Beliau dilaporkan cukup gembira dengan prestasi Lamborghini.

Lonjakan jualan Lamborghini turut disumbangkan oleh kejayaan model Huracán GT3 EVO yang memenangi kelas GTD dalam perlumbaan Rolex 24 di Daytona

“Kami kini sudahpun mencapai nilai jualan semula yang tinggi, terutama melibatkan model-model lama. Lebih membanggakan, Lamborghini semakin diterima oleh kelompok pelanggan muda,” katanya lagi.

Google ads
Back to top button