LAMBORGHINI SAMBUT KELAHIRAN AVENTADOR KE-7000 DAN HURACAN KE-9000

SHARE

Angka 7000 dan 9000 memang bukannya jumlah yang besar bagi pengeluar kereta. Tapi bagi Lamborghini, sebuah syarikat pengeluar supercar berharga jutaan RM sebuah, ini sememangnya pencapaian yang menakjubkan. Di Malaysia ni nak beli Lambo 4th hand pun rasanya kita berfikir seribu kali. Lainlah kalau anda memang ditakdirkan anak orang kaya ataupun seorang peniaga berjaya.

Tapi hakikatnya Lamborghini memang menghasilkan supercar dalam jumlah yang lebih banyak hari ini berbanding satu ketika dahulu. Bukan itu sahaja, mereka juga bakal menggandakan pengeluaran dengan pelancaran SUV baru yang dinamakan Urus sedikit masa lagi. Tapi itulah, Lambo ni bukannya Toyota ataupun Honda, macam mana boleh laku benar ni?

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Ini memang satu pencapaian besar buat syarikat kecil yang diasaskan oleh Feruccio Lamborghini pada tahun 1963 ini. Mereka bukan hanya meraikan pengeluaran satu model tetapi dua model sekaligus dalam barisan pengeluaran mereka.

Huracan yang diperkenalkan hanya tiga tahun dulu kini sudah mencatat angka pengeluaran 9,000 unit. Ingat ini bukannya Toyota Camry ataupun Honda Accord tau. Satu unit kereta ini bersamaan dengan harga banglo mewah di Kuala Lumpur ni.

Selain Huracan, jenama yang terkenal dengan logo lembu garang (Raging Bull) ini juga meraikan Aventador ke 7,000. Eh, laku benar diorang meniaga sekarang ni. Jangan-jangan bos diorang ada masuk seminar buat duit kat mana-mana tak?

Jumlah Aventador itu jauh meninggalkan jumlah Murcielago sebelum ini yang cuma dikeluarkan dalam 4,000 unit.

BACA: ENRICO GALLIERA – LELAKI PALING KEJAM DI FERRARI

Unit istimewa ke 7,000 Aventador S Roadster tersebut akan dihantar untuk pelanggan bertuah di Amerika Syarikat manakala Huracan Performante ke 9,000 akan dihantar ke Dubai.

Itulah uniknya pasaran supercar, mahal mengalahkan rumah banglo ataupun kondominium mewah tetapi pembelinya sentiasa menunggu. Kalau tidak masakan LaFerrari Aperta baru laku macam goreng pisang panas.

Share this post

scroll to top