LAMBORGHINI URUS ST-X CONCEPT – KHAS UNTUK BERLUMBA SAHAJA

SHARE

Pasukan Lamborghini Squadra Corse baru-baru ini memperkenalkan moel konsep Urus ST-X.

Direka untuk siri perlumbaan unik yang menggabungkan pemanduan di litar off-road dan biasa, jentera itu tampil dengan reka bentuk agresif dan livery Verde Mantis.

Memandangkan ini hanya model konsep, Lamborghini tidak mendedahkan banyak perincian. Tetapi, apa yang boleh dilihat ialah Urus ST-X dipasang dengan hud gentian karbon, corong pengambilan udara yang lebih besar dan rim bersaiz 21 inci dibalut tayar Pirelli.

Perumah cermin sisi gentian karbon, wing kecil di belakang dan ekzos racing berbentuk heksagonal turut dipasang.

Sebagai sebuah jentera lumba, semestinya Urus ST-X dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang diperakui oleh pihak FIA. Antaranya ialah roll-cagr, sistem pemadam api dan tangki minyak FT3.

Lamborghini Squadra Corse memastikan SUV itu 25 peratus lebih ringan berbanding model standard yang seberat 1,649kg.

Urus ST-X bagaimanapun masih menggunakan enjin sama iaitu V8 turbo berkembar bersesaran 4.0 liter yang menjana kuasa 641hp dan tork 850Nm.

Tidak menyatakan berapa laju pecutan maksimumnya, Urus standard boleh memecut dari 0-100km/j dalam masa cuma 3.6 saat dengan top speed 305km/j.

Urus ST-X dijangka melakukan debut di litar pada acara Lamborghini World Finals 2019 dan mungkin diproduksi setahun kemudian.

Share this post

scroll to top