LAND ROVER DISCOVERY DEBUT DI MALAYSIA – RM729,800

SHARE

Jaguar Land Rover (Malaysia) baru sahaja memperkenalkan model Discovery baharu ke pasaran tempatan.

Discovery generasi kelima itu menerima segala kelebihan seni bina Land Rover yang kukuh, ringan dan mantap.

SUV tujuh tempat duduk itu dikuasakan oleh enjin diesel V6 Td6 bersesaran 3.0 liter. Enjin dengan turbo tunggal itu mampu menjana kuasa sehingga 258PS dan tork 600Nm.

Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear ZF lapan kelajuan automatik yang boleh dikawal menerusi tombol kawalan rotari.

Bagi menawarkan keupayaan menempuh apa jua laluan, Discovery didatangkan dengan transfer box dua kelajuan.

Ia menawarkan julat gear rendah dan tinggi yang boleh dipilih untuk prestasi optimum di atas jalan off-road dan on-road. Pertukaran gear tersebut boleh dibuat ketika kenderaan masih bergerak di bawah 60km/j.    

Sistem pacuan pintar pula menyediakan agihan kuasa tork 50/50 pada roda hadapan dan belakang.

Pemanduan mantap Discovery juga banyak dibantu oleh penggunaan sistem suspensi udara pada keempat-empat rodanya.

Menjengah ke ruang kabin, SUV itu dipasang dengan sistem ketersambungan InControl Touch Pro bersama skrin sentuh beresolusi tinggi bersaiz 10 inci.

 

Share this post

scroll to top