LAND ROVER EXPLORE – TELEFON PINTAR UNTUK AKTIVITI LASAK, RM3,281 SEUNIT

SHARE

Land Rover baru-baru ini memperkenalkan telefon pintar yang didakwa sangat lasak berbanding pesaingnya yang lain.

Dihasilkan bersama Bullitt Group, telefon yang diberi nama Explore itu ditawarkan pada harga £599 (RM3,281) dan didedahkan kepada umum pada acara Mobile World Congress di Barcelona, Sepanyol hari ini.

Explore diinspirasikah oleh model Land Rover Discovery yang terkenal dengan kelasakannya. Ia dikatakan mampu beroperasi dalam kondisi ekstrem selama dua hari dengan skrin dinyalakan sepanjang masa. 

Jangka hayat bateri berkapasiti 4000m Ah itu boleh digandakan dengan menggunakan Adventure Pack yang turut meningkatkan kebolehpercayaan dan ketepatan isyarat GPS, serta menambah baik keupayaan pemetaan.

Pelindung skirn dan bekas tahan lasak membolehkan telefon pintar ini bertahan di dalam air dan air laut dengan kedalaman sehingga 1.8 meter. Ia juga mampu bertahan dengan suhu panas atau sejuk melampau, getaran dan kelembapan.   

Skrin HD sepenuhnya bersaiz lima inci itu boleh dikawal biarpun ketika basah menggunakan sarung tangan. Ia menawarkan akses pantas terhadap maklumat cuaca dan data pemetaan.

Explore juga mempunyai kompas dan lampu SOS. Sekali gus menjadikannya telefon terbaik untuk aktiviti mendaki, mengayuh basikal, ski dan off-road. Ia didatangkan sekali dengan bateri tambahan dan cagak pada basikal.

Telefon ini dapat dipadankan sepenuhnya dengan aplikasi di dalam semua kenderaan Land Rover.

Share this post

scroll to top