Buletin

LAND ROVER SUDAH MENYIAPKAN MODEL KONSEP DEFENDER BARU – ADAKAH IA BOLEH DITERIMA RAMAI?

Land Rover Defender baru saja ditamatkan pengeluaran selama setahun setengah tetapi para peminatnya sudah pun bising mahukan model baru sebagai pengganti. Defender yang telah dilancarkan pada Jun 1948 mempunyai sejarah yang cukup panjang. Ia telah dikeluarkan selama 67 tahun sebelum ditamatkan pengeluarannya pada tahun 2016.

Land Rover akan menjawab persoalan semua peminat dengan Defender serba baru. Menurut Gerry McGovern, pengarah rekaan Land Rover, SUV baru itu pastinya akan mempunyai reputasi sehebat Defender asal.

Ketika ditemuramah Automotive News, McGovern menyatakan yang kerja-kerja rekaan sudahpun siap sepenuhnya dan Defender baru tersebut akan mengetengahkan tiga elemen rekaan iaitu sebagai pendahulu segmen, ketahanan dan integriti kejuruteraan.

Land Rover malah telah mengeluarkan gambaran awal bagaimana Defender baru ini akan dihasilkan. Ia bakal diberikan bumbung yang rata dan bahagian belakang berkotak.

BACA: LAND ROVER DEFENDER MILIK ROWAN ATKINSON INI BOLEH DIMILIKI DARI RM207K!

Mungkin ianya bukan seperti diharapkan peminat tetapi menurut McGovern, Defender baru ini tidak akan diterapkan dengan elemen retro sebagaimana disangkakan sebelum ini. Beliau merupakan seorang modernis yang sentiasa memandang ke hadapan dan bukannya ke belakang.

Sama seperti sebelum ini, Defender biasanya datang dalam pelbagai varian, dijangkakan pelbagai varian bakal dikeluarkan. Walaupun belum lagi rasmi tetapi spekulasi menyatakan model dua-pintu dan empat-pintu pasti menjadi kenyataan selain versi trak pikap dan versi tujuh-tempat duduk.

 

Defender baru ini dijangkakan akan diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2019 dan laporan menyatakan yang ia akan dihasilkan dengan platform unibodi dan dikuasakan dengan pelbagai jenis enjin termasuklah disel dan juga petrol.

Bagaimana penerimaan peminat nanti? Tentu sekali ia akan menerima reaksi pelbagai kerana maklum saja yang ia merupakan pacuan empat roda ikonik yang sudah menjadi simbol pengembaraan dan ketenteraan di seluruh dunia selama hampir 70 tahun.

Kredit foto Wikipedia.

GALERI:

Google ads
Back to top button