Buletin

LELAKI INI DISAMAN RM571 KERANA TINGGALKAN KERETA DENGAN ENJIN HIDUP – DI LAMAN RUMAHNYA SENDIRI

Pelik. Tapi realitinya meninggalkan kereta dengan enjin hidup tanpa ada sesiapa di dalamnya merupakan satu kesalahan di Amerika Syarikat.

Taylor Trupiano, 24 tahun dari Michigan Amerika Syarikat memberitahu beliau disaman oleh polis tempatan kerana membiarkan kereta di laman rumahnya dengan enjin melahu. Seperti yang kita biasa tonton di filem, rumah di Amerika jarang sangat yang berpagar.

Dalam cuaca pada musim sejuk sekarang, ia adalah perkara biasa yang dilakukan oleh pemilik untuk membiarkan pemanas kereta hidup seketika.

BACA: SAMAN TESLA KERANA REMPUH RUMAH SENDIRI

BACA: 10 SAMAN TRAFIK TERMAHAL DI DUNIA

Seperti yang lazim dilakukan setiap pagi, Trupiano menghidupkan enjin untuk memanaskan ruang kabin. Bila keluar untuk memandu, beliau terkejut bila mendapati sekeping kertas saman USD 128 (RM571) diselitkan di cermin hadapannya. Kesalahan? Kelalaian meninggalkan kereta tanpa orang dengan enjin hidup.

Jabatan Polis daerah Roseville memberitahu, ia adalah satu kesalahan meninggalkan kereta tanpa orang dengan enjin hidup kerana ia berisiko dilarikan.

saman (2)

Bercakap dengan pemberita, Ketua Polis Roseville James Berlin berkata “Saya mengarahkan pegawai saya mengeluarkan saman kepada pemilik yang lalai. Ia sebenarnya logik akal sahaja, takkan anda nak beri peluang begitu mudah pada pencuri?”

“Kami tak mampu member amaran pada semua orang. Kes kecurian tinggi dan kes kejar-mengejar juga ,meningkatkan risiko kepada anggota kami dan orang awam, jadi anda perlu sedar, ia adalah kelalaian yang tak patut berlaku,” ujar beliau.

 

 

 

 

 

 

Google ads
Back to top button