Buletin

LELAKI INI SAMAN FERRARI KERANA TAK DAPAT BELI APERTA

Ketika kebanyakan kita berfikir macamana nak hidup dalam keadaan ekonomi yang lemau, orang kaya lain pula ceritanya. Preston Henn, lelaki dari Amerika Syarikat telah memfailkan saman kepada Ferrari kerana beliau tidak dapat memiliki LaFerrari Aperta.

Aneh? Tidak juga sebenarnya. Bagi model-model eksklusif, anda perlu memohon untuk membelinya dari Ferrari. Model-model seperti F50 dan Enzo antara contoh bilangan yang sedikit tapi pembelinya ramai.

BACA – LAMBORGHINI VENENO UNTUK DIJUAL

BACA – FERRARI GTC4LUSSO DILANCARKAN

Justeru Ferrari membuat tapisan terhadap pembeli dan hanya mereka yang layak sahaja akan dapat memilikinya.

Tapi macamana bagi seorang yang dah ada koleksi rare “oriferrari” tetap tak dapat beli Aperta?

Preston Henn bukanlah lelaki cap ayam yang acah-acah baru main Ferrari. Beliau adalah ahli perniagaan Berjaya, bekas pelumba dan terkenal sebagai pengumpul kereta. Beliau juga memiliki Ferrari F40, F50, Enzo and LaFerrari, dan 458 Speciale dan juga 275 GTB.

Tapi apa yang menyebabkan Preston Henn berang ialah merasa dirinya tercabar. Beliau telah menghantar permohonan, surat sokongan (bukan dari YB UMNO tau) bersama-sama sekeping cek USD1 juta sebagai deposit kepada Ferrari dan jawapan yang diterimanya mengejutkan.

Permohonan beliau ditolak kerana unit tersebut dikatakan telah habis ditempah. Beliau juga dikatakan tidak layak membeli Aperta.

Preston Henn mengambil langkah seterusnya memfailkan saman kepada Ferrari untuk mendapatkan perbiacaraan. Beliau mendakwa dimalukan dan juga reputasinya terjejas terhadap kerjaya, perniagaan dan kehidupan sosial.

 

Google ads
Back to top button