Artikel PilihanBuletin

LELAKI INI TEMUI “LUBUK” TOYOTA AE86 JEPUN. MEMANG BANYAK LEVIN DAN TRUENO!

Pagi ni sedang seronok melayan page-page politik, entah macamana boleh tersadung ke lamanweb ini. R32TAKA dari Jepun. Agak menarik sebab ia membuat liputan sedikit berbeza dari kebanyakan website automotif.

Ada penulisan tentang gaya hidup, budaya, kereta Citroen AX, Oh ya, “Tiara” ni yang Abang Japar google sebab boleh sampai website ni. Tengah menyemak halaman demi halaman, tiba satu tajuk ni “AE86 Special Shop”

Ini adalah terjemahan dari penulis asalnya

……………………………………………………………………………………………………………………………………

Apabila saya diberitahu mengenai bengkel khusus pada model AE86 sahaja, saya agak terkejut. APa yang lebih menarik, kurang 10 minit sahaja carian di internet telah menemukan kedai ini. dan lebih menarik, ia hanya terletak 10 kilometer dari kediaman saya.

Apabila saya akhirnya tiba di sana foto ini adalah yang pertama saya lihat dengan mata saya, agak mengejutkan sebenarnya

Anda dapat lihat AE86 begitu banyak. Walaupun ini adalah negara kelahirannya, menjumpai sebuah premis dengan sejumlah ini AE86 juga adalah hampir mustahil.

Kereta lama ini sebenarnya sangat sukar ditemui di kawasan bandar.

Kebanyakan AE86 di kedai ini telah dipernaiki atau direstorasi kepada keadaan asal. Sesetengahnya digayakan dengan warna “panda” dan rim watanabe.

Kereta-kereta tersebut kebanyakannya sudah sempurna dibaiki dan tak memerlukan apa-apa pembaikan tambahan.

Ternyata harganya tidak murah. Namun bagi mereka yang tidak mahu bersusah payah pening kepala, ini adalah kedai yang sesuai. siap boleh pilih lagi.

Kedai ini juga ada bengkel khusus yang bertanggungjawab membaiki semua AE86 terpakai yag dibeli di luar

Sprinter Trueno ini dijual pada harga hampir 3 juta yen (RM110,000). Ia hanya mempunyai 15.000km batuan perjalanan sejak baru. Mungkin sangat sukar untuk mencari Sprinter lain dengan jarak batuan  yang rendah di mana-mana tempat pun di dunia ini.

Kalau ada rezeki, Abang Japar akan melawat tempat ni tahun depan.

Ni ada tambahan video yang kami jumpa

GALERI

Google ads
Back to top button