Buletin

LELAKI NYARIS DIHUKUM PENJARA 20 TAHUN & DENDA RM1.1 JUTA KERANA IMPORT NISSAN SILVIA S15

Hanya kerana mengimport sebuah Nissan Silvia tahun 2001 ke Amerika Syarikat (AS), seorang lelaki nyaris dihukum penjara selama 20 tahun dan denda sehingga  AS$250,000 (RM1.1 juta), lapor jalopnik.com

Lelaki tersebut, Kendall Noble dari Ocean Springs, Mississippi didapati bersalah kerana undang-undang di AS tidak membenarkan pengimportan model kereta yang tidak pernah dijual di sana secara sah atau berusia kurang 25 tahun.

nissan-silvia-s-15-mekanika-1

Bagaimanapun, Noble dikenakan hukuman dan denda yang lebih ringan. Menurut dokumen mahkamah, dia mengaku bersalah atas dakwaan menyeludup barangan ke AS dan perlu menjalani tempoh percubaan selama 30 hingga 36 bulan, selain denda sebanyak $18,000 (RM80,550).

Memetik laporan akhbar The Sun Herald, Noble, 31, tahu bahawa Silvia dengan pemanduan sebelah kanan tidak mematuhi standard Jabatan Pengangkutan dan Agensi Perlindungan Alam Sekitar dan hanya berusia16 tahun. Dia juga tahu bahawa Silvia S15 itu tidak pernah dijual di AS.

BACA: NISSAN TIDAK AKAN HASILKAN SILVIA BAHARU, TIADA PELANGGAN KATANYA

Bukan itu sahaja, Noble juga didakwa membuat tuntutan palsu dan pemindahan wang yang tidak sah ketika dia cuba menjual Silvia tersebut kepada seorang lelaki di South Carolina.

Nissan Silvia S15 yang menjadi antara model popular untuk tujuan drift diharamkan daripada berada di AS atas sebab-sebab keselamatan.

kredit foto: jalopnik.com

Google ads
Back to top button