Buletin

LEXUS MALAYSIA BUKA LEXUS IPOH

Lexus Malaysia baru-baru ini secara rasminya membuka outlet ketujuh di Malaysia.

Lexus-Ipoh-mekanika (4)

Dikenali sebagai Lexus Ipoh, premis itu terletak di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh. Ia merupakan outlet kedua yang dibuka oleh Lexus dalam tempoh empat bulan. Jun lalu, sebuah outlet Lexus dibuka di Kuching, Sarawak.

“Lexus Malaysia telah melabur hampir RM90 juta untuk mengembangkan rangkaian Lexus yang dimulakan dengan Lexus Mutiara Damansara, Kuala Lumpur, Sungai Besi, Pulau Pinang, Johor, Kuching dan Ipoh. Lexus Melaka pula bakal dilancarkan pada suku keempat 2014,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

Lexus-Ipoh-mekanika (7)

Sama seperti oulet yang lain, Lexus Ipoh turut menawarkan Pengalaman Lexus (Lexus Experience). Ia merangkumi rekaan mengagumkan, kemasan mewah, hospitaliti bertaraf dunia oleh kakitangan terlatih dan standard kejuruteraan terbaik.

Lexus Ipoh ialah bangunan dua tingkat yang memiliki keluasan tanah 30,000 kaki persegi. Ia mempunyai tingkat mezanin dan ruang penyimpanan di bahagian bumbung. Menampilkan rekaan moden kontemporari, ia mampu mempamerkan empat model terbaharu Lexus dan satu pusat servis dengan empat ruang penyelenggaraan.

Lexus-Ipoh-mekanika (12)

Lexus Ipoh dioperasikan oleh pihak Telagamas Motors Sdn Bhd (Telagamas Motors), pengedar berjaya kenderaan Lexus and Toyota. Telagamas Motors turut mengendalikan Lexus Pulau Pinang serta dua pusat pengedaran Toyota di Kulim dan Tanjung Malim.

Telegamas Motors telah melabur lebih RM15 juta untuk membina Lexus Ipoh dan berharap dapat menjual 90 unit kenderaan Lexus, terutama Lexus ES baharu.

Lexus-Ipoh-mekanika (1)

Sehingga kini, Lexus Malaysia telah berjaya menjual 6,500 unit kenderaan Lexus. Dengan pilihan model yang luas dan permintaan kian kukuh, Lexus Malaysia mensasarkan untuk menjual 1,400 unit Lexus pada tahun ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button