LEXUS MELAKA DIBUKA SECARA RASMI

SHARE

Lexus Malaysia baru-baru ini melancarkan cawangan Lexus yang kelapan di Malaysia. Dikenali sebagai Lexus Melaka, ia menjadi pusat jualan dan servis yang menawarkan kemudahan mewah serta teknologi tercanggih yang sememangnya sinonim dengan jenama Lexus.

Lexus-Melaka-mekanika (3)

Lexus Melaka ialah cawangan ketiga yang dilancarkan oleh Lexus Malaysia pada tahun ini selepas di Kuching dan Ipoh.

“Pembukaan pusat Lexus yang serba canggih ini membuktikan komitmen kami terhadap jenama Lexus dan para pelanggan,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

Dengan pengalaman sejak tahun 2005 menjalankan perniagaan bersama UMW Toyota Motor, Hiewa Auto Gallery Sdn Bhd (Hiewa Auto) diberi tanggungjawab untuk mengendalikan Lexus Melaka.

Lexus-Melaka-mekanika (1)

Bangunan dua tingkat itu berkeluasan 30,000 kaki persegi. Ia mempunyai tingkat mezzanine yang terdiri daripada sebuah lounge dan kafe. Bagi memendekkan masa menunggu, kemudahan itu menyediakan empat ruang penyelengaraan.

Para pengunjung boleh melihat secara dekat barisan terkini Lexus seperti LS, GS, ES, RX dan Lexus RC. Memandangkan SUV sports Lexus NX dijangka dilancarkan pada Januari, tempahan sudah mula diterima sejak Oktober lalu. Sehingga kini, hampir 200 tempahan telah diterima.

Lexus Melaka terletak di 2A, Jalan Autocity 6, Persiaran Autocity, 75450, Ayer Keroh, Melaka. Maklumat lanjut, sila hubungi Lexus Toll Free Line: 1800 88 53987 (1-800-88-LEXUS) atau layari laman web: www.lexus.com.my.

Share this post

scroll to top