Buletin

LEXUS RC F COUPE

Dibina berdasarkan kepada model Lexus RC Coupe serba baharu yang dipamerkan pada Tokyo Motor Show 2013 lalu, jentera itu dikatakan direka untuk menukar sebuah kenderaan untuk kegunaan harian menjadi jentera di trek perlumbaan. 

2015_Lexus_RC_F_008

Lebih mengujakan, Lexus RC F Coupe dilengkapi enjin V8 penuh kuasa, sekali gus  menjadikannya antara model paling berprestasi pernah dibangunkan oleh Lexus.

2015_Lexus_RC_F_007

Lexus RC F Coupe menampilkan gril signatur Lexus. Hudnya direka sedikit tinggi berbanding model RC bagi menempatkan enjin  V8 yang lebih besar. Model F itu dibezakan  dengan liang-liang udara yang ada pada bahagian bawah bampar dan fender. Selain sirip-sirip bagi meningkatkan lagi aspek aerodinamiknya.

Lexus_Vehicle_NAIAS_Detroit

Penampilan sporty model itu dimantapkan lagi dengan pelindung roda dan tayar yang lebar, wing belakang aktif, skup udara, corong penyejuk dan komponen-komponen yang dipebuat daripada gentian karbon.

2015_Lexus_RC_F_002

Lexus mendakwa isyarat reka bentuk jentera itu diambil daripada supercar Lexus LFA. Lexus RC F Coupe menggunakan poiler belakang aktif yang sensitif dengan kelajuan. Ia akan diturun atau dinaikan berdasarkan kepada kelajuan dan membantu meningkatkan tahap kestabilan kereta. Pelanggan juga ditawarkan dengan tiga pilihan rim aluminium sepuluh jejari bersaiz 19 inci.

2015_Lexus_RC_F_004

Ruang kabinnya menampilkan rekaan yang agresif. Meter tengahnya akan berubah berdasarkan kepada empat mode pemanduan yang dipilih. Warna paparan dan saiz perkataan juga boleh ditukar.

Lexus_Vehicle_NAIAS_Detroit_002
Lexus RC F Coupe akan didedahkan secara rasmi kepada umum pada acara North American International Motor Show 2014 di Cobo Centre pada 14 Januari depan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button