LEXUS UX200, LEBIH KECIL DARI NX200T. FOKUS UNTUK MENENTANG X1, Q3 DAN GLA

SHARE

Semalam, Mercedes menampilkan GLE terbaru mereka untuk segmen SUV saiz penuh selepas, Audi perkenalkan Q8, SUV paling mewah mereka. Kesimpulannya, pasaran SUV sedang dilambakkan dengan pelbagai model mewah, saiz dan pilihan.

Lexus mungkin sudah lama membina LX (Land Cruiser), RX dan yang terbaru NX. Pun begitu, mereka percaya, pasaran SUV ini bukan sahaja perlu besar, ia juga perlu ada varian lebih kompak dan kecil sebagaimana BMW menyusun X1 hingga X6 mereka.

Selepas memperkenalkan NX pada 2015 dengan rekabentuk baru, hari ini Lexus mendedahkan pertama kali model SUV yang lebih kecil yang dikenali sebagai UX200.

BACA: LEXUS TAK PAKAI CERMIN SISI. GUNA KAMERA SEPENUHNYA

Pencabar Lexus dalam gelanggang SUV subkompak premium ini akan menentang Mercedes-Benz GLA, Audi Q3 dan BMW X1.

Buat masa ini, Lexus hanya menghadirkan varian UX200, ia akan diikuti dengan UX250H dengan enjin hybrid tidak lama lagi.

UX200 generasi 2019 ini dikuasakan oleh enjin 2,0 liter baru yang menghasilkan 169 hp dan tork 205 Nm. Ia digandingkan dengan transmisi CVT pacuan roda hadapan.

Model pacuan AWD UX 250h pula menggunakan teknologi hibrid yang terdiri daripada enjin 2.0 petrol empat selinder bersama dua penjana motor elektrik yang menghasilkan 175 hp. Lexus memilih sistem pemacu AWD dengan menggunakan penjana motor elektrik 7hp yang berasingan di bahagian gandar belakang belakang. Pengagihan kuasa di antara gandar depan dan belakang secara automatik diselaraskan oleh sistem Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) untuk daya tujahan optimum.

Kedua-dua model itu datang dengan pilihan 12 warna luaran. Dua daripadanya adalah F Sport – lebih eksklusif yang meliputi bumper dan gril eksklusif, lampu kabus LED lebih besar dengan acuan krom berbentuk L, lampu dan roda lima aloi 18 inci.

Di bahagian kabin, versi F Sport dipadankan dengan kerusi sport, stereng roda bersalut kulit, pedal aluminium, perehat kaki, plat pintu, skrin dengan paparan warna TFT 8-inci (bukan 7 inci dalam model tetap) dan diagram yang diilhamkan oleh supercar LFA dalam kluster instrumen digital.

Selain itu, Lexus berkata F Sport turut dipertingkatkan dengan sistem Kawalan Suara Aktif yang menyerupai kesan penukaran gear untuk meniru bunyi transmisi auto gear yang konvensional.

BACA: LEXUS MALAYSIA LANCAR LS500. RM800K!

Semua model UX dilengkapi ciri asas Apple CarPlay dan sistem bunyi dengan 6 pembesar suara serta paparan head-up display. Selain itu juga sistem audio boleh ditingkatkan dengan pemilihan 8 speaker dan skrin 10.25 inci bersama sistem Navigasi Lexus.

Lexus Safety System + 2.0 adalah standard pada semua varian. CIri keselamatan lain ialah lapan beg udara (termasuk beg udara lutut pemandu dan penumpang), lampu tinggi pintar, road sign assist, lane departure warning dengan steering assist, lane tracing assist, all-speed dynamic radar cruise control dan pre-collision system yang diintegrasikan bersama pengesan pejalan kaki.

GALERI

Share this post

scroll to top