LIBERTY WALK HASILKAN KIT BADAN UNTUK LAMBORGHINI AVENTADOR

SHARE

Liberty Walk (LB Performance) bukanlah nama asing di kalangan tuner rekabentuk bagi peralatan aftermarket. Jenama dari Jepun ini sering menghasilkan bodykit dengan rekaan yang luar biasa.

Walaupun berasal dari Jepun, LB Performance bukan sahaja menghasilkan kit untuk kereta Jepun, mereka dikenali di dunia kerana membuat kit untuk jenama seperti Lamborghini, Ferrari dan Porsche. Antara yang awal dibuat dulu ialah untuk Ferrari 430 dan Lamborghini Murcielago.

BACA – MODEL SUPER RARE LAMBORGHINI VENENO

BACA – LAMBORGHINI CENTENARIO, ULANGTAHUN KE 100

lamborghini-aventador-liberty-walk-tuning-2

Sebenarnya kalau dilihat pada kit awal untuk kereta supercar ini, kami semua tak pernah suka pun. Macam melampau pula bentuknya.

Ini pula ialah hasil terbaru yang dibuat oleh LB Walk untuk model Lamborghini Aventador. Sama seperti Mc Laren P1, Aventador adalah kereta supercar yang paling mendapat tumpuan pembuat kit badan aftermarket. Cuma letakkan berapa bajet yang anda sanggupo bayar sahaja dan boleh pilih mana-mana jenis bodykit yang menepati selera.

Berapa harga kit ini?

Bergantung pada jenis material yang anda mahu. Bermula dengan FRP (Fibre Reinforce Plastic) atau gentian karbon sepenuhnya. Ia bermula dari USD35,900 (RM161,000) dan boleh lengkap dengan eyelids, kit fender lebar dan kit sayap GT gentian karbon sebagai opsyen.

Kalau lengkap semua, harganya ialah USD46,500 atau RM208,000.

Ya, ini baru betul “hobi kami mahal”

 

Share this post

scroll to top