LIBERTY WALK TUKAR DAIHATSU COPEN JADI NISSAN GT-R

SHARE

Pembuat bodykit dari Jepun, Liberty Walk memang terkenal dengan kerja-kerja modifikasinya.

Terbaharu, ia membuatkan ramai yang menggeleng kepala apabila menukar Daihatsu Copen menjadi sebuah Nissan GT-R klon.

Mungkin dibina untuk tujuan pameran, Copen GT-R itu kelihatan seperti sebuah maniatur. Liberty Walk menghasilkan komponen-komponen unik untuk jentera yang dipanggil GT-K (K untuk kei-kar).

Bahagian hadapannya menampilkan gril Nissan V-Motion 2.0 yang lebih garang dengan kemasan metalik pada gril berbentuk V itu. Sementara bahagian sisi diserlahkan dengan bolt-on fender dan tayar Falken yang lebar.

Seperti dijangka, bokykit belakang terus diinspirasikan oleh model GT-R  melalui GT wing yang besar dan sistem ekzos dual quad. Pendek kata, Liberty Walk cuba untuk meniru perincian GT-R sebaik mungkin.

Jika anda lihat gambar ini, kemasan pada badan GT-K ini nampak pelik. Tidak pasti apakah material atau cat berwarna kelabu yang digunakan itu. Ada bahagian yang licin, manakala ada sebahagian lain pun tampil kasar. Material tersebut turut menutup permukan lampu utama dan lampu belakang.

Liberty Walk tidak menyediakan banyak maklumat tentang Copen ini. Namun, laman Facebook rasminya menyatakan roadster kecil ini datangnya daripada divisyen Custom yang bekerjasama dengan klien untuk menghasilkan jentera istimewa. 

Di dunia nyata, Daihatsu Copen dikuasakan oleh enjin tiga silinder DOHC turbo bersesaran 658cc. Ia mampu menjana kuasa 63PS dan tork 92Nm pada 3,200rpm untuk menggerakkan kei-kar yang hanya seberat 900kg. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT atau manual lima kelajuan.

kredit foto: Facebook Liberty Walk

(Visited 900 times, 4 visits today)

Share this post

scroll to top