LIFAN XUANLANG – NAMPAK MACAM S-MAX TAPI BUKAN DIA

SHARE

Iya, sekali imbas macam pernah tengok bukan rupa MPV ini. MPV China ini adalah milik Lifan, sebuah pengeluar kenderaan kecil dari China. Tapi bila sekali dia keluarkan model, terus tiru model yang tidak kurang hebatnya. Lalu, terhasillah Lifan Xuanlang. Dan tidak syak lagi, ianya adalah ‘copy ori’ bagi Ford S-Max.

BACA : FORD S- MAX DILANCARKAN – RM234,988!

BACA : MAZDA CX-4 VS TRAUM MA-501 – NAMPAK SAMA TAPI BUKAN DIA

Dari segi rekaan luaran Lifan Xuanlang ini memang begitu ketara iras S-Max.. Rekaan muncung bampar hadapan yang tajam membawa terus ke bahagian lampu belakang melalui garisan bumbung, garisan tingkap dan garisan bahu yang sama. Sama sesamanya. Cumanya Lifan membesarkan ruangan gril yang bersambung terus dengan bahagian bampar yang tertera perkataan LIFAN dengan jelas. Salah tengok LIPAN jadinya.

Lipan pun lipan-lah. Janji boleh memuatkan tujuh penumpang dengan selesa berserta bagasi, iya tak? MPV Lifan Xuanlang ini menggunakan konfigurasi 2+3+2. Ruang bagasinya pula masih boleh dikira luas lagi, muatlah nak sumbat beg pakaian.

Cumanya sedikit perbezaan mungkin boleh diteka seandainya pembaris yang menjadikan alat pemisah antara yang tulen ataupun tiruan. S-Max yang ori mempunyai panjang kenderaan keseluruhan 4796mm manakala Xuanlang ini pula 4720mm. Sikit sangat bezanya.

Ruang kabin Xuanlang terutamanya masih lagi berinspirasikan S-Max, terutamanya pada beberapa kemasan ruangan konsol tengah dan juga Pemain Utama dan tidak lupa juga corong pendingin hawa. Dan penggunaan kulit yang membaluti kerusi juga sudah dianggap benda yang wajib ada. Tak mainlah guna fabrik ni. Kalau nampak ada bintik-bintik berbentuk segi tiga hangpa tau la kulit apa depa guna tu.

Jikalau Ford memilih penggunaan enjin Ecoboost 2.0 liter, Lifan pula menawarkan pilihan antara 1.5 turbo, 1.8 dan juga 2.0 yang masing-masing dipadankan dengan kotak gear manual / auto lima kelajuan atau pun auto lapan kelajuaan (enjin 1.5 turbo sahaja).

jadinya, berapakah harga yang sebuah MPV yang kelihatan ‘sedap’ sebegini? Di China, ianya ditawarkan antara 70,000 – 90,000 Yuan (RM41,421 – RM53,255 ) sahaja. Di tempat kita, unit terpakai Ford S-Max ini sudah boleh dibeli dengan harga yang boleh tahan murah juga.

 

 

Share this post

scroll to top