LIHAT BAGAIMANA KERETA KAWALAN JAUH HILUX MENARIK TOYOTA HILUX SEBENAR

SHARE

Toyota Hilux merupakan antara trak pikap paling laris jualannya di Malaysia dan mempunyai ramai peminat. Jika dulu ia merupakan kenderaan pilihan tauke-tauke balak, kini semua golongan dari guru, doktor, peguam semua ke hulu ke hilir melaram menggunakan trak pikap lengkap dengan tayar off-road.

Khas untuk anda semua, saksikan video 15 buah trak Toyota kawalan jauh menunda sebuah Toyota Hilux sebenar yang diinspirasikan oleh iklan Tamiya suatu ketika dahulu.

Kini Toyota menggunakan modal yang sama untuk mengiklankan Hilux 2.4 D-4D baharu mereka. Mereka telah mengumpulkan 15 model Hilux Bruiser 4×4 kawalan jauh keluaran Tamiya untuk menarik keluar Hilux sebenar keluar dari sebuah hangar kapal terbang.

Setelah bertungkus lumus, pasukan 15 buah Hilux kawalan jauh tersebut membuktikan kehebatan mereka dengan menarik model Hilux sebenar tersebut. Jelas yang keupayaan kenderaan kecil itu tidak terjejas walaupun cuma berfungsi menggunakan bateri.

Toyota dilihat agak cenderung menggunakan iklan ataupun video sebegini untuk menunjukkan kekuatan yang ada pada model mereka. Beberapa tahun dahulu video berkonsep yang hampir sama menyaksikan sebuah Toyota Tundra (model pasaran Amerika Syarikat) menarik kapal angkasa Endeavour seberat 150 tan melalui jalan raya di Los Angeles. Ini lagi susah berbanding idea dalam video ini.

Semua model kawalan jauh Hilux Bruiser ini telah dilaraskan tekanan tayar pada 60 psi dan ditetapkan dikunci pada tetapan low-range four-wheel-drive. Pemberat juga ditambah pada bahagian belakang untuk menguatkan lagi cengkaman. Pemandu pula berada di dalam Hilux sebenar dengan enjin dimatikan dan kotak gear dalam kedudukan neutral.

Sebenarnya banyak lagi video Toyota Hilux yang boleh disaksikan dalam laman Youtube bertemakan Hilux besar dan kecil. Ia merupakan satu pendekatan pengiklanan yang sangat menarik dan kreatif.

BACA: EDISI TERHAD HILUX 2.4G DILANCARKAN

BACA: PANDUUJI RAJA TRAK, TOYOTA HILUX

 

 

 

 

 

Share this post

scroll to top