LIHAT BAGAIMANA YAMAHA Y15ZR BOLEH DILARIKAN DALAM MASA KURANG 5 SAAT!

SHARE

Tular beberapa hari lepas video yang rakaman yang dipercayai dari kamera litar tertutup sebuah premis di Vietnam. Ia menunjukkan bagaimana sebuah Yamaha Y15ZR (Exciter) dilarikan oleh pencuri dalam masa yang cukup pantas. Kurang 5 saat!

Bagaimana ia berlaku?

Dalam video di bawah, seorang pemilik melakukan demonstrasi melihat kelemahan sistem pendawaian asal dari kilang Yamaha sendiri. Kedudukan penyambung fius pendawaian utama dengan soket kuasa penghidup adalah puncanya.

BACA: 6 TIPS BERGUNA ELAK KECURIAN MOTOR

Soket penyambung ini terletak di bawah fairing sisi motosikal. Ia mudah dicapai oleh sesiapa sahaja. Maksud kami, sangat mudah sehingga dengan sedikit latihan, anda boleh capai bahagian ini dalam beberapa saat sahaja.

Soket ini bertujuan membekalkan kuasa kepada sistem penghidup dan ia hanya memerlukan dua sambungan ringkas untuk “memintas” sistem penghidup pada kunci asal. Dalam demonstrasi di bawah, ia hanya menggunakan satu klip kecil sebesar ibu jari untuk menghidupkan motor tersebut.

Soket ini seenarnya adalah unit peminsah dari suis penghidup dan juga pendawaian ke bahagian bateri-enjin. Ia seperti sebuah “starter relay” yang terdedah yang memudahkan kerja pencuri melarikan motosikal.

Jelas ia adalah satu kegagalan rekabentuk yang tidak disedari oleh Yamaha yang memberi risiko kepada pemilik motosikal ini. 

Netizen ternyata terkejut dengan kejadian ini dan antara penyelesaian pantas yang dicadangkan ialah meletakkan silikon kepada sambungan soket tersebut agar tiada ruang untuk membukanya dan objek lain tidak boleh menembusi sambungan tersebut.

Apapun, kami mencadangkan agar anda sentiasa menggunakan kunci tambahan seperti pengunci cakera depan dan belakang, tebatan rantai pada objek statik, pengunci tiul brek atau sistem penggera. 

 

Info untuk pengguna Yamaha Y15ZR, 6 saat jer nak curi moto korang, jadi siap pasang lock mahal lebih sikit..berhati2..penjenayah di mana2Sumber: Spam Face Youtube—Ikuti kami di telegram – FriendsofBarisanNasional

Posted by Friends of BN – Barisan Nasional on 30hb November 2017

 

(Visited 857 times, 203 visits today)

Share this post

scroll to top