Buletin

LORIMAS AU26 KE-10,000 UNIT

Semalam, INOKOM Truck mengadakan satu majlis ringkas untuk meraikan pengeluaran unit ke-10,000 model Lorimas AU26 di kilang pemasangan Inokom di Kulim Kedah.

Lorimas AU26 menggunakan lencana INOKOM. Ia merupakan trak tugas ringan berkapasiti 1.5 tan Hyundai yang pertama dipasang secara tempatan pada tahun 2000.

“Lorimas AU26 ialah trak paling laris di Korea dan turut mendapat sambutan memberangsangkan di Malaysia dengan purata jualan sebanyak 1,200 unit sebulan sejak tahun 2010. Ia merupakan trak tugas ringan yang praktikal dan bernilai untuk wang.

“Enjin 2.6 liter yang digunakannya juga menawarkan pecutan dan penjimatan minyak,” jelas Ketua Kenderaan Komersial, Operasi, Hyundai-Sime Darby Motors, Ng Lian Bee.

Exterior Shot of Lorimas AU26

Walaupun sebuah trak entry-level, Lorimas AU26 tetap dilengkapi pelbagai ciri mesra pengguna seperti stereng kuasa boleh laras, bar anti-oleng untuk memberi kestabilan lebih baik dan sistem pengudaraan yang bagus.

Selain Lorimas AU26, INOKOM Truck turut memasang model lima tan, AD3 yang boleh didapati dalam dua varian serta menepati piawaian emisi Euro 1 dan Euro 2. Menerusi kedua-dua model tersebut, secara puratanya INOKOM Truck menjual 1,600 unit trak setahun dengan perkongsian pasaran sebanyak 11 peratus dalam segmen kenderaan komersial.

Group Shot with Head of Departments

“Hyundai telah mencapai banyak kemajuan dari aspek teknologi automotif. Justeru, saya yakin kenderaan komersial INOKOM boleh bersaing dengan jenama Jepun,” tambah Ng.

INOKOM Truck kini mempunyai lebih 37 pengedar sah dan 40 pusat servis di seluruh negara. Malah, sebahagiannya telah dinaik taraf menjadi pusat 3S untuk keselesaan para pelanggan.

 

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button