Artikel PilihanBuletin

LOTUS 3-ELEVEN TUNJUK TARING DI GOODWOOD

Lotus semalam memperkenalkan model berprestasi tinggi generasi terbaharunya, 3-Eleven di acara Goodwood Festival of Speed 2015. Lotus3-Eleven-mekanika (3)

Menjadi siri produksi paling pantas dan mahal dalam sejarah Lotus, 3-Eleven dibina di atas kerangka ringan bersama reka bentuk kokpit terbuka. 3-Eleven bakal ditawarkan dalam dua varian iaitu Road dan Race. Kedua-dua versi itu dikuasakan oleh enjin V6 supercharged yang berupaya menghasilkan kuasa sehingga 450hp.

LOTUS 3-ELEVEN

Dibina berasaskan kepada model Road, versi Race dipasang dengan aerokit yang lebih agresif, kotak gear sequential dan tempat duduk pemandu bersama lapan abah-abah yang diluluskan oleh pihak FIA. Hanya seberat 900kg (Race), 3-Eleven menawarkan nisbah kuasa berat yang mengagumkan, 500hp bagi setiap tan. Ia mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa cuma 3.0 saat sebelum sampai ke kelajuan makimum 280km/j untuk varian Race dan 290km/j (Road).

LOTUS 3-ELEVEN

“Untuk menghasilkan kereta sports yang baik, ia perlu lebih ringan dan laju. Lotus 3-Eleven nyata berpegang kepada falsafah itu dan nilai jenama kami. Jentera ini berupaya mengalahkan lawannya yang lebih mahal. Ia juga bukan untuk semua orang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif  Group Lotus plc, Jean-Marc Gales.

LOTUS 3-ELEVEN

3-Eleven dijangka diproduksi di kilang Lotus di Hethel, England  pada Februari 2016. Penghantarannya dijadual bermula pada April 2016. Produksi akan dihadkan kepada 311 unit sahaja.  Harganya? £82,000 (RM487,078) untuk model Road dan £96,000 (RM570,155) bagi Race.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button