Buletin

LOTUS EXIGE S ROADSTER

Pengedar kenderaan jenama Lotus di Malaysia, Lotus Cars Malaysia baru-baru ini memperkenalkan model Lotus Exige S Roadster ke pasaran Malaysia. 

SONY DSC

Penampilan Lotus Exige S Roadster dilihat melengkapkan rangkaian model Exige yang terdiri daripada Exige S, Exige Cup dan Exige Cup R.

Menjadi roadster paling laju pernah ditawarkan kepada pengguna tempatan, Lotus Exige S Roadster dilengkapi enjin V6 bersesaran 3.5 liter dan 10kg lebih ringan berbanding model Exige S (1,166kg).

SONY DSC

Dengan enjin berkuasa 345hp @ 7,000rpm dan tork maksimum 400Nm jentera ini mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam tempoh hanya 3.9 saat. Enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan bersama nisbah sport.

Lebih menarik lagi, anda boleh memandu dengan bumbungnya dibuka. Operasi membuka dan menutup bumbung dikatakan boleh dilakukan dengan mudah.

SONY DSC

Ketua Pegawai Eksekutif Group Lotus Plc, Aslah Fakirullah memberitahu pengenalan model baharu ini memberi peluang kepada jenama Lotus untuk terus berkembang dan mengukuhkan sumber produksinya.

“2013 merupakan tahun penting yang menyaksikan produksi di syarikat meningkat sebanyak 31 peratus. Di Malaysia, sebanyak 28 unit Lotus berjaya dijual sejak bilik pameran ini dibuka,” jelas Aslam.

SONY DSC

Majils pelancaran yang diadakan di bilik pameran Lotus di Penchala, Kuala Lumpur itu dihadiri oleh Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohammed dan Pengerusi DRB-Hicom, Datuk Syed Mohamad Syed Murtaza.

SONY DSC

Pada majlis yang sama, Tun Dr. Mahathir turut menyerahkan kunci kepada pembeli pertama Lotus Exige S Roadster, Simon Flint. Flint yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Fitness First Asia berkata, “Saya memang peminat tegar Lotus sejak seorang sepupu membeli sebuah model Esprit beberapa tahun lalu. Lotus pertama yang saya miliki ialah Europa SE.”

Lotus Exige S Roadster ditawarkan pada harga RM452,030 seunit (tidak termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan sebagainya).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button